awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lionel Messi ledak gol ke-500, Barca tewas lagi

Astro Arena
Astro Arena
18/04/2016
00:10 MYT
Lionel Messi ledak gol ke-500, Barca tewas lagi
Lionel Messi meledakkan gol karier ke-500 namun sumbangannya tidak cukup untuk membantu Barcelona ketika tewas 1-2 di tangan Valencia. - Foto AFP / LLUIS GENE
LIONEL Messi meledakkan gol karier ke-500 namun sumbangannya tidak cukup untuk membantu Barcelona ketika tewas 1-2 di tangan Valencia dalam saingan La Liga, awal pagi tadi.
Keputusan itu memberi ruang kepada Atletico Madrid untuk menyamai kedudukan peneraju liga dengan 76 mata dalam carta liga Sepanyol itu.
Dalam pada itu, Real Madrid turut mencatat kemenangan dan kini satu mata belakang Atletico dan Barcelona selepas mengharungi 33 perlawanan liga.
Kombinasi Messi, Luis Suarez dan Neymar tidak menjadi pada malam itu tatkala penjaga gol Valencia, Diego Alves berada dalam kelas tersendiri untuk menafikan skuad kendalian Luis Enrique tiga mata penuh.
Setelah pemain tengah Ivan Rakitic menjaringkan gol di laman sendiri, jaringan daripada bakat muda Santi Mina menyempurnakan kemenangan berharga buat Valencia yang bergelut sepanjang kempen ini.
Bagaimanapun, Messi menemui sentuhannya semula ketika menyumbat gol ke-500 dalam kariernya setelah gagal menjaringkan gol dalam lima perlawanan terakhir.
Persoalannya, apakah penyingkiran Barcelona daripada saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) masih menghantui mentaliti dan prestasi barisan pemain?
Mampukah Atletico dan Real Madrid mengambil kesempatan dalam baki lima perlawanan?
Topic Berkaitan
#barcelona
#La Liga
#Lionel Messi
#Luis Suarez
#Neymar
#Valencia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan