awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelajar IPG lemas: Keluarga mangsa tuntut laporan menyeluruh, telus
OpenAI gesa California, Delaware siasat kelakuan anti-persaingan Musk
Konflik Asia Barat tekan inflasi, jejaskan ekonomi global -IMF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liverpool larang pemain bertemu peminat di Melwood

Astro Arena
Astro Arena
07/01/2017
05:25 MYT
Liverpool larang pemain bertemu peminat di Melwood
Liverpool akan memberi fokus terhadap aktiviti melawat sekolah tempatan agar peminat muda boleh berjumpa dengan setiap pemain dalam keadaan yang lebih selamat.
LIVERPOOL telah meminta agar pemainnya tidak menurunkan tandatangan atau mengambil gambar bersama peminat di luar pusat latihan Melwood.
Permintaan tersebut dibuat atas faktor keselamatan susulan beberapa insiden yang disebabkan oleh individu yang berkumpul di kawasan jalan raya yang menuju ke arah pusat latihan Liverpool.
Bagaimanapun, pemain yang melanggar permintaan itu tidak akan dikenakan sebarang hukuman sepertimana yang diperkatakan oleh Anfield Memorabilia -- penjual tidak rasmi barangan Liverpool -- menerusi laman Twitter.
Jurucakap Liverpool memberitahu Omnisport bahawa dakwaan tersebut tidak benar sama sekali dan menegaskan bahawa Liverpool tidak akan menghukum pemain jika mereka melanggar permintaan tersebut.
Jurucakap itu turut menekankan bahawa Liverpool akan memberi fokus terhadap aktiviti melawat sekolah tempatan agar peminat muda boleh berjumpa dengan setiap pemain dalam keadaan yang lebih selamat.
Topic Berkaitan
#faktor keselamatan
#Liverpool
#peminat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan