awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
Harga barangan dan makanan KLIA disaran lebih berpatutan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LRT, MRT percuma ke Bukit Jalil esok sempena Hari Sukan Negara

Bernama
Bernama
12/10/2018
11:30 MYT
LRT, MRT percuma ke Bukit Jalil esok sempena Hari Sukan Negara
Semua jenis basikal juga akan dibenarkan dibawa masuk ke dalam tren bagi perjalanan ke Stadium Nasional Bukit Jalil esok. - Gambar fail
Rapid KL menawarkan perjalanan sehala percuma bagi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT) ke stesen LRT Bukit Jalil esok sebagai tanda sokongan kepada sambutan Hari Sukan Negara 2018 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Terhad untuk lima jam antara 6 pagi hingga 11 pagi, pengguna boleh menikmati perkhidmatan percuma itu sama ada dengan penggunaan token, kad perjalanan Touch 'n Go atau kad MyRapid konsesi.
"Penumpang digalak menggunakan kad perjalanan Touch 'n Go dan MyRapid konsesi yang mana tiada caj dikenakan apabila ia disentuh keluar di stesen LRT Bukit Jalil," kata Rapid KL dalam kenyataan hari ini.
Sekiranya menggunakan token, pengguna boleh mendapatkan token secara percuma di mana-mana kaunter LRT dan MRT.
Menurut kenyataan itu, semua jenis basikal juga akan dibenarkan dibawa masuk ke dalam tren bagi perjalanan ke Stadium Nasional Bukit Jalil esok sebagai sokongan kepada acara kayuhan basikal.
Perkhidmatan LRT di Stesen Bukit Jalil dilanjutkan sehingga jam 1 pagi, 14 Okt dan pengguna boleh keluar di mana-mana stesen LRT dan MRT walaupun pintu masuk stesen sudah ditutup.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hari Sukan Negara
#LRT
#MRT
#pengguna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan