awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia bakal hadapi laluan getir pada Sukan Asia 2018

Bernama
Bernama
05/07/2018
21:02 MYT
Malaysia bakal hadapi  laluan getir pada Sukan Asia 2018
Kim Swee mengakui tiga pasukan dalam Kumpulan E bakal memberikan saingan sengit kepada skuad muda negara untuk layak ke pusingan kedua. -Gambar fail
Skuad Bola Sepak Bawah 23 (B-23) negara dijangka menghadapi laluan getir dalam acara bola sepak pada Sukan Asia 2018 Indonesia, bulan depan.
Ketua Jurulatih Skuad B-23 negara, Datuk Ong Kim Swee mengakui tiga pasukan dalam Kumpulan E bakal memberikan saingan sengit kepada skuad muda negara untuk layak ke pusingan kedua terutamanya juara bertahan, Korea Selatan yang berada pada prestasi terbaik ketika ini.
Pada Sukan Asia 2018, Malaysia diletakkan dalam Kumpulan E bersama Korea Selatan, Bahrain dan Kyrgyzstan pada undian yang berlangsung di Jakarta, Indonesia, pada Khamis.
"Yang penting di sini adalah kita harus memikirkan persiapan kita dan jika kita dapat mengumpulkan kesemua 20 pemain terbaik termasuk tiga pemain melebihi umur 23 tahun, saya percaya kita mampu melangkah ke peringkat seterusnya," kata Kim Swee ketika diminta mengulas mengenai undian berkenaan.
Malaysia pernah berdepan Korea Selatan yang menyaksikan mereka tewas 0-3 pada aksi pembukaan Kumpulan A pada edisi 2014 di Incheon, Korea Selatan.
Malaysia pernah memenangi pingat gangsa acara bola sepak Sukan Asia pada edisi 1962 di Indonesia dan 1974 di Iran.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Incheon
#Korea Selatan
#Malaysia
#Ong Kim Swee
#Skuad Bola Sepak Bawah 23
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan