awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia bakal hos separuh akhir Liga Hoki Dunia

Astro Awani
Astro Awani
21/01/2013
00:59 MYT
Malaysia bakal hos separuh akhir Liga Hoki Dunia
Malaysia mendapat hak menganjurkan peringkat separuh akhir perlawanan Liga Hoki Dunia yang menawarkan empat tempat ke Piala Dunia 2014 di Belanda.
Perkara itu disahkan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Titah Tengku Abdullah, Malaysia akan menganjurkan perlawanan yang bakal berlangsung di Johor Baru bermula 1 hingga 9 Jun nanti.
Malaysia mendapat peluang itu selepas Jerman yang merupakan tuan rumah asal menarik diri.
Persekutuan Hoki Antarabangsa, kemudiannya menawarkan slot tersebut kepada Malaysia.
Baginda turut merakam penghargaan kepada kerajaan negeri Johor yang bersetuju menganjurkan perlawanan berkenaan.
Lantas Malaysia kini dikecualikan daripada bermain di pusingan kedua di Rusia Mei depan.
Kali terakhir Malaysia bermain di Piala Dunia adalah pada 2002.
Ketika itu pertandingan berkenaan berlangsung di Kuala Lumpur.
Topic Berkaitan
#Belanda
#hoki
#Liga Hoki Dunia
#Malaysia
#Piala Dunia 2014
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan