awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jakim tidak keluar sijil halal untuk produk sabun berasaskan khinzir
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia bakal mempunyai kompleks olahraga tertutup pertama di Asia Tenggara

Bernama
Bernama
13/06/2017
15:10 MYT
Malaysia bakal mempunyai kompleks olahraga tertutup pertama di Asia Tenggara
Khairy berkata kompleks tertutup tersebut bakal dibangunkan di atas tapak balapan dan padang bola sepak Kompleks Sukan Kampung Pandan yang meliputi kawasan seluas kira-kira satu ekar. - Gambar fail
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan membina sebuah kompleks olahraga tertutup bertaraf antarabangsa pertama di Asia Tenggara sebagai langkah menggandakan usaha membangunkan sukan olahraga di negara ini.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata idea tersebut merupakan aspirasi terhadap kejayaan tiga atlet paralimpik olahraga iaitu Muhammad Ziyad Zolkefli, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dan Abdul Latif Romly yang telah mengharumkan nama negara di temasya Sukan Paralimpik Rio 2016.
Khairy berkata kompleks tertutup tersebut bakal dibangunkan di atas tapak balapan dan padang bola sepak Kompleks Sukan Kampung Pandan yang meliputi kawasan seluas kira-kira satu ekar.
"Ia kini dalam peringkat terakhir untuk kita memuktamadkan skop pembangunan kompleks sukan tersebut. Pembangunan ini akan dibuat di atas tapak yang mempunyai balapan dan padang seluas 1 ekar lebih.
"Kompleks tersebut akan dilengkapi dengan trek larian, padang sintetik, gelanggang serbaguna dan juga beberapa kemudahan sukan lain," katanya pada sidang media selepas menghadiri sesi dialog Transformasi Nasional 50 (TN50) bersama warga sukan di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil di sini, hari ini.
Bagaimanapun Khairy berkata projek pembangunan tersebut masih dalam proses menanti kertas kerja daripada mana-mana pihak yang berminat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bertaraf antarabangsa
#Kementerian Belia dan Sukan
#Khairy Jamaluddin
#kompleks olahraga tertutup
#Kompleks Sukan Kampung Pandan
#padang bola sepak
#pertama di Asia Tenggara
#sukan olahraga
#tapak balapan
#TN50
#Transformasi Nasional 50
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan