awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia raih emas acara boling padang

Bernama
Bernama
13/04/2018
02:34 MYT
Malaysia raih emas acara boling padang
Siti Zalina (kiri) bersama Emma Firyana ketika meraikan kemenangan selepas menewaskan Afrika Selatan dalam acara berpasangan wanita pada Sukan Komanwel 2018 di Broadbeach Bowls Club hari ini. --fotoBERNAMA
Skuad boling padang negara meraih emas acara pairs wanita selepas menewaskan Afrika Selatan 15-14 di Sukan Komanwel 2018 hari ini.
Dalam aksi final yang berlangsung di Broadbeach Bowls Club di sini, Siti Zalina Ahmad bergandingan dengan Emma Firyana Saroji yang bermula agak longlai pada tiga ends pertama ketinggalan 7-0 kepada gandingan Nicolene Neal dan Colleen Piketh.
Gandingan negara yang sedikit pun tidak goyah mula mengutip mata demi mata sehingga ends ke-10 dan masih ketinggalan 3-12.
Bermula dari situ, pasangan negara mula mengutip mata dan merapatkan jurang pada ends ke-16, selepas berjaya mengutip empat mata untuk meletakkan Malaysia dengan kedudukan 12-13 sebelum menamatkan semua 18 ends dengan 15-14.
Ini merupakan pingat emas pertama dalam acara pairs di temasya Sukan Komanwel.
Ia merupakan pingat emas keempat buat kontinjen negara dan emas yang dinanti-nantikan skuad boling padang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Afrika Selatan
#boling padang
#emas
#Gold Coast
#Malaysia
#Siti Zalina Ahmad
#Sukan Komanwel
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan