awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelajar IPG lemas: Keluarga mangsa tuntut laporan menyeluruh, telus
OpenAI gesa California, Delaware siasat kelakuan anti-persaingan Musk
Konflik Asia Barat tekan inflasi, jejaskan ekonomi global -IMF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia tersingkir badminton berpasukan campuran Asia

Bernama
Bernama
22/03/2019
21:35 MYT
Malaysia tersingkir badminton berpasukan campuran Asia
Malaysia mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia 2019 selepas muncul naib juara Kumpulan D di belakang China.
Malaysia tersingkir daripada saingan Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia 2019 selepas tumpas 0-3 kepada juara bertahan, Jepun dalam aksi suku akhir di Hong Kong, hari ini.
Kemenangan itu menyaksikan Jepun akan berdepan Indonesia pada perlawanan separuh akhir pada Sabtu.
Indonesia mara dalam kelompok empat pasukan terbaik itu setelah menewaskan Singapura 3-0 dalam satu lagi aksi suku akhir.
Pada perlawanan Jumaat, berlangsung di Stadium Queen Elizabeth, Jepun mendahului selepas Takuro Hoki-Yugo Kobayashi mengalahkan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani; 19-21, 21-16 dan 21-15 dalam acara beregu lelaki, demikian menurut laman sesawang Badminton Asia; www.badmintonasia.org.
Pemain nombor 22 dunia, Aya Ohori memberikan mata kedua kepada Jepun selepas mengatasi Ho Yen Mei; 21-9 dan 25-23 dalam acara perseorangan wanita, sebelum pemain nombor 15 dunia, Kanta Tsuneyama memastikan kemaraan Jepun ke separuh akhir setelah menumpaskan Cheam June Wei; 13-21, 23-21 dan 21-15 dalam kategori perseorangan lelaki.
Untuk rekod, Malaysia mara ke suku akhir selepas muncul naib juara Kumpulan D di belakang China.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#badminton
#Goh Sze Fei
#Indonesia
#Jepun
#Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia
#Malaysia tersingkir
#Nur Izzuddin Mohd Rumsani
#Singapura
#Stadium Queen Elizabeth
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan