awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
Negara Arab, Islam kecam langkah terbaharu Israel kukuhkan kawalan di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Manchester United bawa pulang tiga mata dari St Mary's

Sinar Harian
Sinar Harian
27/08/2022
22:45 MYT
Manchester United bawa pulang tiga mata dari St Mary's
Cristiano Ronaldo (kiri) dan Mohammed Salisu berebut bola ketika perlawanan EPL antara Southampton dan Manchester United, di St Mary's Stadium, Southampton, England, 27 Ogos 2022. (Foto AP)
JARINGAN separuh masa kedua Bruno Fernandes sudah memadai memberikan Manchester United kemenangan 1-0 ke atas Southampton dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium St Mary's pada Sabtu.
Pelawat yang mengekalkan pemain sama ketika menjinakkan Liverpool 2-1 minggu lalu, sepatutnya mendahului pada minit ke-19, namun dinafikan Gavin Bazunu dan Armel Bella-Kotchap, yang menghalang percubaan Anthony Elanga dan Christian Eriksen.
Bella-Kotchap kemudian hampir memberikan pendahuluan kepada Southampton selepas merembat hantaran sudut James Ward-Prowse, namun sekadar melewati palang gol The Red Devils.
The Red Devils kendalian Erik ten Hag bermula garang selepas rehat apabila menggandakan tekanan ke atas The Saints asuhan Ralph Hasenhüttl.
Hasilnya, pada minit ke-55 Fernandes, yang mengetuai pasukan tanpa kelibat Harry Maguire, menjaringkan gol hasil voli selepas menyudahkan sentuhan Diogo Dalot.
Ten Hag beralih kepada kudrat Cristiano Ronaldo dan Casemiro, yang baru tiba dari Real Madrid awal minggu ini, untuk kembali menyaingi Southampton yang mula menguasai bola, namun tuan rumah gagal menemui gol penyamaan.
Kemenangan kedua itu menyaksikan The Red Devils mengumpul enam mata manakala The Saints pula empat mata selepas masing-masing mengharungi empat perlawanan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Manchester United
#Southampton
#EPL
#Bruno Fernandes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan