awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masa depan Gomes samar, Suarez mungkin terlepas aksi pembukaan

Astro Arena
Astro Arena
31/07/2018
00:36 MYT
Masa depan Gomes samar, Suarez mungkin terlepas aksi pembukaan
Suarez, terpaksa direhatkan selama tiga minggu selepas mengalami kecederaan yang sama seperti Gomes (gambar). - Astro Arena
PEMAIN tengah Barcelona, Denis Suarez, belum pasti dapat diturunkan dalam aksi pembukaan LaLiga kerana mengalami kecederaan paha, sambil rakan sepasukannya, Andre Gomes, yang dilaporkan bakal berpindah turut mengalami masalah sama.
Pihak kelab mengesahkan bahawa pemain Sepanyol, Suarez, terpaksa direhatkan selama tiga minggu selepas mengalami kecederaan yang sama seperti Gomes.
Pemain tengah Portugal itu dikaitkan dengan kelab Liga Perdana Inggeris, Arsenal dan West Ham United, setelah bergelut untuk menyesuaikan diri dengan keadaan di Camp Nou sejak berpindah dari Valencia pada 2016.
Laporan mengatakan dia bakal diketepikan maksimum dua bulan walaupun pihak kelab tidak menyediakan tempoh sebenar untuk pemain berusia 25 tahun itu pulih.
Kedua-dua pemain itu mengalami kecederaan tersebut ketika aksi Piala Juara-Juara Antarabangsa bertemu Tottenham Hotspur pada Sabtu lalu dan terpaksa meninggalkan kem jelajah Amerika Syarikat.
"Denis Suarez disahkan mengalami masalah pada tulang paha di bahagian kiri. Dia dijangka diketepikan sekitar tiga minggu," kata wakil kelab.
"Gomes turut mengalami masalah sama, juga di bahagian paha kiri.
"Bagaimanapun, tidak pasti bila tempoh sebenar untuk pemain dari Portugal itu menyertai semula sesi latihan memandangkan ia bergantung kepada sejauh mana perkembangan kecederaan tersebut."
Barca bakal bertemu Sevilla dalam aksi Piala Raja Sepanyol pada 12 Ogos depan, sebelum memulakan kempen mempertahankan kejuaraan LaLiga menentang Deportivo Alaves, enam hari kemudian.
Topic Berkaitan
#Andre Gomes
#barcelona
#bola sepak
#denis suarez
#pemain bola
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan