awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masters Jepun: Sze Fei-Nur Izzuddin, Pearly-Thinaah tempah slot separuh akhir

Bernama
Bernama
14/11/2025
08:10 MYT
Masters Jepun: Sze Fei-Nur Izzuddin, Pearly-Thinaah tempah slot separuh akhir
Pearly-Thinaah mengesahkan tempat pada pusingan separuh akhir selepas menewaskan pasangan Taiwan Hsu Yin-Hui-Lin Jhih Yun. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Dua wakil Malaysia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani dan Pearly Tan-M. Thinaah berjaya mara ke pusingan separuh akhir Masters Jepun 2025 selepas menewaskan lawan masing-masing hari ini.
Pada aksi suku akhir yang berlangsung di Kumamoto Prefectural Gymnasium, pilihan kedua kejohanan dalam acara beregu lelaki itu menumpaskan gandingan Taiwan Lee Jhe-Huei-Yang Po-Hsuan dalam perlawanan tiga set 21-16, 10-21, 21-16.
Gandingan profesional negara itu akan menentang wakil tuan rumah Hiroki Midorikawa-Kyohei Yamashita.
Bagi acara beregu wanita, Pearly-Thinaah mengesahkan tempat pada pusingan separuh akhir selepas menewaskan pasangan Taiwan Hsu Yin-Hui-Lin Jhih Yun 21-13, 21-17, sekali gus akan berdepan Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto dari Jepun atau pasangan Taiwan Hu Ling Fang-Jheng Yu Chieh.
Perjuangan dua lagi wakil beregu lelaki negara, Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King dan Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri bagaimanapun berakhir di suku akhir.
Wan Arif-Roy King tewas kepada gandingan tuan rumah, Hiroki Midorikawa-Kyohei Yamashita 19-21, 14-21; sementara Hon Jian-Muhammad Haikal dikalahkan pasangan Taiwan, Chiu Hsiang Chieh-Wang Chi-Li 16-21, 16-21.
Kejutan dipamerkan pemain perseorangan wanita negara Wong Ling Ching yang menumpaskan bintang Kanada, Michelle Li semalam juga berakhir selepas kecundang pada tangan pemain berpengalaman Thailand Ratchanok Itanon 17-21, 9-21.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Masters Jepun
#Malaysia
#Pearly Tan
#M Thinaah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan