awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Melaka bangkit sebelum lakar kemenangan

Astro Arena
Astro Arena
03/09/2021
21:45 MYT
Melaka bangkit sebelum lakar kemenangan
Melaka United melakar kebangkitan susulan ketinggalan sebelum melakar kemenangan 2-1 ke atas Perak FC dalam aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, malam tadi. -Foto Astro Arena
MELAKA United melakar kebangkitan susulan ketinggalan sebelum melakar kemenangan 2-1 ke atas Perak FC dalam aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, malam tadi.
Melaka terlebih dahulu memulakan permainan dengan serangan demi serangan namun setiap percubaan yang dimiliki gagal disempurnakan dengan jaringan.
Situasi mula memihak Perak apabila Syahir Bashah dijatuhkan pertahanan Melaka, Khairul Anwar Shahrudin dalam kotak penalti -- Sergio Aguero menggunakan peluang tersebut untuk meletakkan Perak di hadapan pada minit ke-30.
Kelebihan terdahulu membenarkan Perak terus selesa melancarkan serangan namun beberapa peluang yang berjaya ditepis Khairul Fahmi mengecewakan pelawat.
Rehat separuh masa membenarkan Melaka kembali mengatur gerakan, barisan pemain berpengalaman yang dimiliki skuad kendalian Zainal Abidin Hassan seakan menemui nafas baru dalam misi mendapatkan jaringan.
Dan ia terhasil menerusi Manuel Ott, pemain kebangsaan Filipina itu bijak melakukan gerakan solo di bahagian tengaha sebelum melepaskan rembatan dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol, Nasrullah Aziz pada minit ke-66.
Selepas menggegar palang Perak menerusi sepakan percuma dalam separuh masa pertama, Sony Norde akhirnya menembusi gawang Perak menerusi percubaan pada minit ke-79 sekaligus meletakkan Melaka mendahului permainan.
Kedua-dua pasukan terus berusaha mencari gol tambahan namun menemui jalan buntu sekali gus memastikan kemenangan buat Melaka di laman sendiri.
Topic Berkaitan
#Liga Super
#melaka united
#Perak FC
#Syahir Bashah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan