awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Merentas desa sempena Hari Sarapan Malaysia dapat sambutan

Sufian Hadi
Sufian Hadi
19/05/2013
12:23 MYT
Merentas desa sempena Hari Sarapan Malaysia dapat sambutan
SERDANG:Lebih 10,000 peserta mengambil bahagian dalam acara merentas desa bersempena dengan Hari Sarapan Malaysia 2013 anjuran peneraju minuman nutrisi terkenal, Milo di Universiti Putra Malaysia (UPM).
Larian sejauh 3km dan 7km ini bertujuan memupuk kesedaran mengenai kepentingan pengambilan sarapan pagi di samping meningkatkan kecergasan fizikal di kalangan rakyat tempatan.
Salah seorang peserta juga jurutera awam, Mohd Syafiq Yahya, 24, berkata walaupun bersenam waktu pagi merupakan gaya hidup sihat umumnya namun pengambilan sarapan juga memainkan peranan yang penting.
“Sarapan pagi merupakan hidangan paling penting setiap hari kerana ia membantu menghidratkan badan anda dan memberikan tenaga yang secukupnya bagi meningkatkan metabolisme supaya sentiasa bertenaga sekurang-kurangnya sehingga waktu makan tengah hari,” ujarnya.
Manakala bagi Pembantu Penyelidik UPM, Afendi Othman, 26 yang turut hadir sebagai peserta pula berasa amat berbangga kerana penganjuran ini dijalankan di tempat yang sifatkan amat sesuai untuk semua golongan.
“Saya yakin, peserta dan pengunjung pasti akan tertarik dengan keindahan dan kehijauan yang ada di kampus ini selain mempunyai kawasan luas untuk kemudahan orang ramai meletakkan kenderaan mereka,” katanya.
Terdapat pelbagai jenis hidangan sarapan pagi yang menarik disediakan termasuklah putu mayam, nasi dagang, chee cheong fun sehinggalah kepada makanan sihat dan ringkas seperti sandwich serta beberapa gabungan jenis salad.
Turut hadir sama, Juara Kejohanan Wushu Dunia tahun 1999 dan 2005, Ho Ro Bin.
Topic Berkaitan
#milo
#Hari Sarapan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan