awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MMA: Max Holloway kekalkan kejuaraan featherweight UFC

Haider Yutim
Haider Yutim
09/12/2018
10:38 MYT
MMA: Max Holloway kekalkan kejuaraan featherweight UFC
Max Holloway berjaya mengekalkan kejuaraan UFC featherweight selepas menewaskan Brian Ortega menerusi TKO. - Foto Twitter/@MMAFighting
JUARA featherweight UFC Max Holloway berjaya mengekalkan gelarannya selepas menewaskan petinju Amerika Syarikat, Brian Ortega menerusi TKO di kejohanan UFC 231, di Toronto, Kanada pada Ahad.
Pertarungan dihentikan sebelum bermulanya pusingan kelima atas arahan doktor yang mengesahkan Ortega tidak dapat meneruskan perlawanan akibat kecederaan teruk di bahagian muka.
Holloway dari Britain dilihat mendominasi permainan dalam keempat-empat pusingan tersebut, mengasak lawannya dengan skil 'striking' yang mengagumkan seluruh penonton di Arena Scotiabank.
Ternyata ketangkasan Holloway amat sukar ditandingi Ortega yang mahir dalam jiu-jitsu dan lebih gemar bermain di 'ground.
Sungguh pun terdapat beberapa cubaan dari Ortega untuk menjatuhkan Holloway dan membuat kuncian ke atas lawannya itu, namun cubaan itu tidak berjaya.
Sementara itu, petinju Kyrgyzstan, Valentina Shevchenko pula, berjaya merangkul gelaran juara flyweight UFC wanita selepas menundukkan Joanna Jedrzejczyk dari Poland.
Shevchenko menang menerusi keputusan sebulat suara juri (49-46, 49-46, 49-46) selepas bertarung sebanyak lima pusingan.
Topic Berkaitan
#Brian Ortega
#featherweight
#Joanna Jedrzejczyk
#Kanada
#Max Holloway
#MMA
#Scotiabank
#Toronto
#UFC
#UFC 231
#Valentina Shevchenko
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan