awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
27 ditahan, 9 didakwa susulan kekecohan ketika protes bantah lawatan Presiden Israel ke Australia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mobile Legends: Saya sedar perbuatan saya berlebihan - AWolf G

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
02/08/2018
00:00 MYT
Mobile Legends: Saya sedar perbuatan saya berlebihan - AWolf G
Aerowolf merupakan pasukan e-sukan Indonesia yang bertanding dalam Piala Asia Tenggara Mobile Legends di Jakarta pada hujung minggu lalu.
Pemain Mobile Legends Aerowolf, Afrindo Valentino (AWolf G) memohon maaf kepada AirAsia Saiyan dan peminat-peminat Malaysia berhubung satu gambar Instagram Stories yang dimuatnaiknya beberapa hari lalu.
Dalam satu kenyataan di media sosial peribadi miliknya, AWolf G berkata dia mengakui tindakannya itu berlebih-lebihan dan akan dijadikan pengajaran pada masa akan datang.
“Saya mohon maaf kepada seluruh warga Malaysia, terutama pasukan AirAsia Saiyan.
“Saya juga ingin mohon maaf kepada rakyat Indonesia dan pihak pengurusan Aerowolf.
“Saya tahu perbuatan saya adalah berlebihan dan ia akan menjadi pelajaran yang sangat berharga untuk masa hadapan,” kata AWolf G dalam satu kenyataan malam tadi.
AWolf G berkata, dia mengharapkan kesilapan yang dilakukannya itu dimaafkan pihak berkaitan.
Melalui post ini, saya Afrindo Valentino a.k.a “AWolf G” ingin menyampaikan permohonan maaf sebesar-besarnya kepada warga Malaysia dan terutama untuk Tim AirAsia Saiyan atas IG Story yang saya buat beberapa hari yang lalu. Saya juga ingin menyampaikan permohonan maaf kepada warga Indonesia, pendukung Aerowolf serta Tim Manajemen Aerowolf. Post IG Story tersebut hanya menyangkut diri saya sendiri dan tidak ada hubungannya dengan Aerowolf. Saya menyadari bahwa perbuatan saya sudah berlebihan dan menjadi pelajaran yang sangat berharga untuk saya ke depannya. Saya harap warga Malaysia, Tim AirAsia Saiyan, pendukung AirAsia Saiyan, warga Indonesia, pendukung Aerowolf serta Tim Manajemen Aerowolf mau memaafkan kesalahan saya. @airasiasaiyan @aerowolfproteam Terima kasih.
A post shared by AWolf G Valdo (@afrindo.valentino) on
Aug 1, 2018 at 8:41am PDT
AWolf G pada hujung minggu lalu memuatnaik satu gambar di Instagram Stories ketika Piala Asia Tenggara (MSC) sedang berlangsung.
Gambar yang mengandungi kata-kata dalam bahasa Inggeris itu membawa maksud, orang yang kalah selalunya akan tidak puas hati dan merungut. Ia kemudiannya dipadamkan.
Tindakan AWolf G itu dilihat mengundang kemarahan peminat-peminat Mobile Legends di Malaysia.
BACA: Tindakan peminat Malaysia 'serang' Aerowolf kurang bijak
Dalam kejohanan MSC tersebut, Aerowolf muncul sebagai pemenang tempat keempat dan membawa hadiah wang tunai RM28,000 (AS$7,079) selepas tewas 2-1 kepada pasukan Filipina Aether Main di pusingan separuh akhir.
Aerowolf sebelum ini dikenali sebagai pasukan Nxl dan pernah menjuarai Liga Mobile Legends Indonesia pada beberapa bulan yang lalu.
Sebelum ini, penganjur MSC, RevivaLTV memohon maaf dan memilih untuk bertanggungjawab sepenuhnya dengan beberapa insiden yang tidak diingini sepanjang penganjuran kejohanan itu yang membabitkan pasukan Malaysia AirAsia Saiyan. Menurut RevivaLTV, mereka cuba mencari penyelesaian yang terbaik bagi isu perlawanan pemilihan pasukan ke separuh akhir MSC antara AirAsia Saiyan dan Aerowolf. Sementara itu, penerbit e-sukan mudah alih popular itu, Moonton turut memohon maaf berikutan kesilapan penganjur kejohanan, RevivaLTV yang telah menyebabkan AirAsia Saiyan dan Aerowolf menandatangani dua perjanjian kontrak kejohanan yang berbeza.
Topic Berkaitan
#Aerowolf
#Afrindo Valentino
#awolf g
#Maaf
#Mobile Legends
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan