awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MotoGP: Marc Marquez bergelar juara dunia kali ketujuh

Astro Arena
Astro Arena
28/09/2025
10:05 MYT
MotoGP: Marc Marquez bergelar juara dunia kali ketujuh
Marquez mengumpul 541 mata, meninggalkan pencabar terdekat iaitu adiknya, Alex Marquez, yang hanya meraih 340 mata. - Foto Stadium Astro
PELUMBA Ducati Lenovo, Marc Marquez, bergelar juara dunia kali ketujuh selepas mengesahkan status juara keseluruhan Kelas Perdana MotoGP 2025 dengan menamatkan perlumbaan Grand Prix Jepun di tempat kedua sebentar tadi.

Ringkasan AI
  • Marc Marquez bergelar juara dunia MotoGP 2025 buat kali ketujuh, selepas menamatkan perlumbaan Grand Prix Jepun di tempat kedua.
  • Marquez mengumpul 541 mata, meninggalkan pencabar terdekat iaitu adiknya, Alex Marquez, yang hanya meraih 340 mata walaupun musim masih berbaki lima pusingan.
  • Ini merupakan kejuaraan dunia pertama Marquez sejak 2019, dan beliau berlumba secara taktikal di Litar Motegi, mengekori rakan sepasukan Francesco Bagnaia yang menjuarai perlumbaan.

Dalam saingan di Litar Motegi itu, Marquez memilih untuk berlumba secara selamat untuk mengekori kelompok depan yang diketuai rakan sepasukannya, Francesco Bagnaia.
Bagaimanapun, melewati enam pusingan terakhir, Marquez mula melakukan pecutan terbaiknya untuk memastikan kedudukan kedua sejurus Bagnaia menamatkan perlumbaan di tempat pertama.
Dengan menghimpunkan 541 mata, Marquez tidak lagi dapat dipintas pencabar terdekat, iaitu adiknya, Alex Marquez (340 mata), walaupun masih berbaki lima pusingan musim ini.
Ia merupakan kejuaraan dunia pertama Marquez sejak kali terakhir meraihnya pada 2019. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#pelumba Ducati Lenovo
#marc marquez
#MotoGP 2025
#juara dunia
#Grand Prix Jepun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan