awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MotoGP: Marc Marquez selamat bedah pergelangan tangan

Astro Arena
Astro Arena
28/03/2023
02:10 MYT
MotoGP: Marc Marquez selamat bedah pergelangan tangan
Keadaan Marc Marquez selepas rempuhan dengan Miguel Oliveira ketika perlumbaan GP Portugal di Litar Antarabangsa Algarve, Portimao, Portugal, 26 Mac 2023. REUTERS
MARC Marquez bakal tersisih daripada Grand Prix (GP) Argentina hujung minggu depan selepas selamat menjalani pembedahan di pergelangan tangannya.
Juara MotoGP enam kali itu mengalami patah tulang di tangan kanannya dalam GP Portugal semalam akibat apa yang dijelaskan sebagai masalah cengkaman breknya.
Repsol Honda kemudian mengesahkan Marquez telah dibedah di Hospital Internacional Ruber di Madrid dan akan menghabiskan tempoh pemulihan yang singkat.
Berikutan tidak mengikuti pusingan seterusnya di Argentina, pelumba Sepanyol itu secara tidak langsung akan terlepas penalti dua pusingan yang dikenakan ke atasnya oleh penganjur, Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM).
BREAKING: @marcmarquez93 to miss the #ArgentinaGP following hand surgery#MotoGP | https://t.co/3SD5yUlRyQ
— MotoGP (@MotoGP) March 27, 2023
Marquez didapati bersalah menunggang secara melulu di Portimao hingga merempuh Miguel Oliveira di selekoh 3 pada awal perlumbaan yang mengakibatkan kedua-dua pelumba itu terbabas.
Pelumba berusia 30 tahun itu juga memaksa Jorge Martin tersasar dalam kejadian itu yang mengakibatkan rakan senegaranya tersebut tercicir beberapa posisi.
Topic Berkaitan
#MotoGP
#marc marquez
#bedah pergelangan tangan
#GP Portugal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan