awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MotoGP: Marquez ungguli perlumbaan pecut, Bagnaia ketiga

Bernama
Bernama
11/11/2023
09:24 MYT
MotoGP: Marquez ungguli perlumbaan pecut, Bagnaia ketiga
Marquez yang bermula dari petak keempat, menampilkan tunggangan baik untuk mengejar kumpulan hadapan dan mula mendahului pada pusingan keenam. - Gambar/ Bernama
SEPANG: Pelumba MotoGP Gresini Racing Alex Marquez muncul juara perlumbaan pecut yang buat pertama kalinya diadakan pada Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia 2023 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), di sini hari ini.
Marquez yang bermula dari petak keempat, menampilkan tunggangan baik untuk mengejar kumpulan hadapan dan mula mendahului pada pusingan keenam, sebelum menamatkan perlumbaan dalam masa 19 minit 58.713 saat (s).
Ini merupakan kejayaan kedua pelumba Sepanyol itu dalam perlumbaan pecut, selepas memenanginya di GP British, Ogos lepas.
Pelumba berusia 27 tahun ini melintasi garisan penamat 1.589s di hadapan pelumba Prima Pramac Racing Jorge Martin di tempat kedua, manakala pendahului kejuaraan tahun ini Francesco Bagnaia dari pasukan Ducati Lenovo yang bermula di petak hadapan, hanya mencatatkan 20:01.747s di tempat ketiga.
Bagnaia atau lebih dikenali sebagai 'Pecco', mendahului mata kejuaraan dengan 396 mata diikuti Martin (385 mata) manakala Marquez dengan 129 mata di tempat ke-11.
Bagaimanapun, Bagnaia masih boleh menebus kekecewaannya dalam perlumbaan pecut hari ini, selepas beliau akan bermula dari petak hadapan untuk perlumbaan penuh esok, selepas mencatatkan masa terpantas sepusingan sesi kelayakan kedua dengan masa 1:57.491, yang juga merupakan rekod baharu sepusingan di Sepang.
Perlumbaan pecut diperkenalkan buat pertama kalinya pada kelas premier tahun ini, dengan jumlah pusingannya hanya separuh daripada perlumbaan penuh, esok.
Ia juga memberikan mata kejuaraan yang akan diberikan secara asing daripada perlumbaan penuh dengan 12 mata untuk pemenang dan mata sehingga sembilan pelumba terbaik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#alex marquez
#MotoGP Sepang
#SIC
#Gresini Racing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan