awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nadal, Sharapova layak ke separuh akhir tenis terbuka Madrid

Astro Awani
Astro Awani
10/05/2014
08:00 MYT
Nadal, Sharapova layak ke separuh akhir tenis terbuka Madrid
Rafael Nadal dan Maria Sharapova menempah tempat ke pusingan separuh akhir
Dua nama yang tidak asing lagi dalam dunia tenis, Rafael Nadal dan Maria Sharapova, masing-masing menempah tempat ke pusingan separuh akhir Tenis Terbuka Madrid selepas menundukkan lawan masing-masing.
Namun Sharapova terpaksa dikerah sebelum boleh mencatat kemenangan.
Nadal berada di landasan tepat dalam mempertahankan gelaran terbuka Madrid setelah menang 6-4, 6-2 ke atas Tomas Berdych di suku akhir.
Berdych yang dinobatkan sebagai naib juara di terbuka Portugal sebelum ini berharap untuk memperbaiki rekodnya berdepan Nadal.
Namun, Nadal berada di kelas tersendiri dan mencatat kemenangan ke-17 nya daripada 21 pertemuan berdepan Berdych
Nadal akan berdepan rakan senegara, Roberto Bautista di separuh akhir.
Sementara itu, finalis tahun lalu, Maria Sharapova terpaksa bertarung dalam saingan sengit berdepan Juara Terbuka Australi, Li Na di suku akhir.
Li Na lebih unggul pada awal permainan dengan menang set pertama 6-2.
Namun di set kedua Sharapova bangkit dan heret permainan ke tiebreak di mana kemenangan berpihak kepada Sharapova 7-5.
Pemain Rusia itu kemudian menempah tempat ke separuh setelah menang set penentuan 6-3 sekaligus akan berdepan Agnieska Radwanska di separuh akhir.
Topic Berkaitan
#Maria Sharapova
#Rafael Nadal
#Tenis Terbuka Madrid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan