awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Luluh hati ibu lihat anak cuba kejut adik maut dalam nahas
Sekumpulan individu lepaskan tembakan berhampiran konsulat Israel di Istanbul
Rhodes vs Orton, Punk vs Reigns, IShowSpeed 'sertai' The Vision. Ini apa kita tahu tentang WrestleMania 42
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nazmi Faiz didenda RM3,000, gantung satu perlawanan - FAM

Bernama
Bernama
26/04/2017
06:14 MYT
Nazmi Faiz didenda RM3,000, gantung satu perlawanan - FAM
Penggantungan Nazmi Faiz akan dilaksanakan pada 6 Mei untuk aksi Liga Super antara JDT dan Melaka United di Stadium Hang Jebat. - Foto: Facebook Johor Southern Tigers
Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Muhammad Nazmi Faiz Mansor digantung satu perlawanan dan didenda RM3,000 berikutan kekasaran dan terjahan terhadap pemain Pahang sewaktu aksi suku akhir kedua Piala FA musim ini.
Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Baljit Singh Sidhu dalam kenyataan hari ini berkata hukuman itu dijatuhkan selepas pihaknya melakukan penilaian dan meneliti rakaman video perlawanan antara JDT dan Pahang yang berlangsung Ahad lepas.
"Penggantungan itu akan dilaksanakan pada 6 Mei untuk aksi Liga Super antara JDT dan Melaka United di Stadium Hang Jebat," katanya.
Pada perlawanan suku akhir kedua Piala FA itu, Pahang layak ke pusingan separuh akhir selepas mencatat kemenangan dengan agregat 4-3 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#didenda
#FAM
#hukuman Persatuan Bola Sepak Malaysia
#JDT
#Nazmi Faiz Mansor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan