awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
TikTok diminta matikan ciri skrol infiniti didakwa punca 'ketagihan'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Neymar sertai PSG di Shenzhen

Astro Arena
Astro Arena
02/08/2018
04:19 MYT
Neymar sertai PSG di Shenzhen
Neymar mungkin akan menghadapi Monaco susulan pengesahan PSG bahawa dia telah menyertai rakan sepasukannya di China. - Gambar fail
NEYMAR tiba di China menjelang aksi sulung Paris Saint-Germain (PSG) di bawah sentuhan jurulatih baru, Thomas Tuchel.
PSG bakal menghadapi seteru Ligue 1, AS Monaco, dalam pertembungan merebut Trophee des Champions di Shenzhen pada Sabtu ini.
Penampilan terakhir Neymar bersama PSG adalah pada Februari lalu ekoran insiden patah jari kaki ketika menentang Marseille.
Kecederaan itu mengetepikan Neymar untuk baki saingan domestik, begitupun pemain berusia 26 tahun itu pulih untuk menghadapi Piala Dunia 2018 bersama Brazil.
Anak buah Tite disingkirkan oleh Belgium di peringkat suku akhir sambil Neymar hanya mampu menyumbang dua gol dalam kejohanan di Russia itu.
Pemain termahal dunia itu berpeluang untuk melupakan kehampaannya pada hujung minggu ini dan dia mungkin akan menghadapi Monaco susulan pengesahan PSG bahawa dia telah menyertai rakan sepasukannya di China.
Topic Berkaitan
#AS Monaco
#bola sepak
#Brazil
#China
#jurulatih
#Ligue 1
#Neymar
#Piala Dunia
#PSG
#Shenzhen
#Thomas Tuchel
#Trophee des Champions
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan