awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nur Humaira terima anugerah Olahragawati Universiti Malaya

Bernama
Bernama
07/03/2024
00:30 MYT
Nur Humaira terima anugerah Olahragawati Universiti Malaya
Pada majlis malam tadi, sebanyak 19 anugerah disampaikan kepada 191 penggiat sukan UM melibatkan penuntut dan kakitangan sebagai menghargai sumbangan mereka. - Foto UM
KUALA LUMPUR: Pemenang pingat emas taekwondo acara poomsae individu wanita Sukan SEA 2023 Kemboja Nur Humaira Abdul Karim merangkul gelaran Olahragawati Universiti oleh Universiti Malaya (UM) pada Anugerah Sukan UM (ASUM) 2023 di Auditorium Kompleks Perdanasiswa UM di sini malam tadi.
Nur Humaira, 23, menerima anugerah berkenaan apabila mencipta kejutan pada temasya dwitahunan itu dengan memungut 7.430 mata mengatasi pencabar dari Singapura Diyanah Aqidah Muhammad Dian Khudairi yang meraih 7.260 mata, manakala atlet Kemboja Mang Kanithyda ketiga dengan 7.090 mata.
Anugerah berupa piala itu disampaikan Naib Canselor UM Prof Datuk Seri Ir Dr Noor Azuan Abu Osman.
Dalam pada itu, atlet olahraga Wan Muhammad Fazri Wan Zahari dipilih sebagai Olahragawan Universiti.
Wan Muhammad Fazri yang membuat penampilan sulung di pentas Sukan SEA 2023 Kemboja membawa pulang gangsa menerusi acara 800 meter.
Beliau mengakhiri larian dengan catatan 1 minit 53.86 saat, manakala emas menjadi milik atlet Kemboja Chhun Bunthorn (1:52.92s) dan pelari Vietnam Duc Phuoc Luong memenangi gangsa (1:53.34s) pada temasya berkenaan.
Pada majlis malam tadi, sebanyak 19 anugerah disampaikan kepada 191 penggiat sukan UM melibatkan penuntut dan kakitangan sebagai menghargai sumbangan mereka dalam pembangunan kegiatan sukan dan rekreasi universiti itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#atlet taekwondo
#Nur Humaira Abdul Karim
#Olahragawati Universiti
#universiti malaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan