awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Olimpik Paris 2024: Pearly-Thinaah bangkit benam bekas juara dunia

Astro Arena
Astro Arena
28/07/2024
08:16 MYT
Olimpik Paris 2024: Pearly-Thinaah bangkit benam bekas juara dunia
Pearly Tan dan M. Thinaah ketika beraksi menentang beregu wanita Jepun, Mayu Matsumoto dan Wakana Nagahara dalam acara badminton Sukan Olimpik Paris 2024, di Arena Porte De La Chapelle hari ini. - Foto Bernama
PENONTON berdiri dan memberikan tepukan gemuruh sejurus beregu wanita utama negara Pearly Tan dan M Thinaah mempamerkan aksi memukau dalam perlawanan yang berlangsung di Aréna Porte de La Chapelle sebentar tadi.
Pearly-Thinaah turun bertemu dengan bekas juara dunia 2018 dan 2019 dari Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara dalam misi mencari kemenangan pertama dalam aksi kumpulan A.
Set pertama tampak baik buat Pearly-Thinaah apabila berjaya mendahului perlawanan 11-7 pada satu ketika namun kualiti ditampilkan pasangan Jepun untuk bangkit semula sekali gus mengambil set 21-18.
Di set kedua, Pearly-Thinaah tidak duduk diam, kembali mencatur strategi demi strategi dan akhirnya berjaya merampas set ini, 21-16.
Kembali bersaing di set penentuan, adegan perang psikologi tampak dimainkan oleh kedua-dua pasangan namun rezeki tidak pernah salah alamat apabila Pearly-Thinaah berjaya mengharumkan nama negara dengan menang set ini 21-16.
Selepas ini, Pearly-Thinaah akan meneruskan perjuangan dalam misi untuk mengisi slot suku akhir dengan syarat perlu membenam cabaran terakhir beregu Indonesia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadanti.
*Artikel disiarkan di Stadium Astro
Ikuti perkembangan terkini atlet Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 di sini
Topic Berkaitan
#Sukan Olimpik Paris 2024
#Pearly Tan M Thinaah
#beregu wanita negara
#tewaskan bekas juara dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan