awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Luluh hati ibu lihat anak cuba kejut adik maut dalam nahas
Sekumpulan individu lepaskan tembakan berhampiran konsulat Israel di Istanbul
Rhodes vs Orton, Punk vs Reigns, IShowSpeed 'sertai' The Vision. Ini apa kita tahu tentang WrestleMania 42
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Olimpik Tokyo 2020: Dua pemain besbol Mexico positif COVID-19

Eton Khir
Eton Khir
20/07/2021
08:59 MYT
Olimpik Tokyo 2020: Dua pemain besbol Mexico positif COVID-19
Terbaharu, dua pemain besbol untuk kejohanan Sukan Olimpik dari Mexico disahkan positif COVID-19 ketika menjalani ujian saringan sebelum berlepas ke Tokyo.
SEBANYAK 58 kes positif COVID-19 melibatkan atlet, kakitangan dan pegawai kejohanan sukan Olimpik Tokyo 2020 telah direkodkan sepanjang bulan ini.
Media antarabangsa melaporkan, Jawatankuasa Olimpik Tokyo 2020 mengesan kes positif itu sejak atlet dan pegawai mula berkumpul untuk temasya sukan tersebut.
Terbaharu, dua pemain besbol untuk kejohanan Sukan Olimpik dari Mexico disahkan positif COVID-19 ketika menjalani ujian saringan sebelum berlepas ke Tokyo, kata penganjur kejohanan.
Kedua-dua atlet berkenaan, Hector Velazquez dan Sammy Solis yang positif telah diasingkan sementara menanti keputusan ujian saringan rakan-rakan pasukannya.
“Kedua-dua mereka telah diarahkan diasingkan serta-merta sebaik tiba di bilik hotel penginapan pasukan mereka, begitu juga dengan pemain-pemain lain, jurulatih serta pegawai sehingga keputusan ujian saringan mereka diperoleh,” kata penganjur lagi.
Kesemua protokol kesihatan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Olimpik Mexico (COM) akan dilaksanakan untuk menjaga keselamatan dan kesihatan semua anggota pasukan besbol nasional yang akan bertanding dalam sukan Olimpik Tokyo 2020.
Perlawanan pertama Mexico dijangka diadakan pada 30 Julai ini menentang Republik Dominika di Yokohama.
Topic Berkaitan
#Mexico
#Tokyo
#Jepun
#sukan
#Olimpik
#COVID-19
#kes positif
#Atlet Hector Velazquez
#Sammy Solis
#Jawatankuasa Olimpik Mexico COM
#Republik Dominika di Yokohama
#Jawatankuasa Olimpik Tokyo
#Pasukan Besbol Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan