awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ong Kim Swee hilang sabar

Astro Arena
Astro Arena
10/06/2015
04:45 MYT
Ong Kim Swee hilang sabar
Kelemahan ketara di bahagian serangan mengundang kemarahan pengendali skuad bawah-23 negara, Datuk Ong Kim Swee selepas membenam Brunei 2-0.
Dalam perlawanan Sukan SEA keempat Kumpulan B dengan Brunei, Malaysia terpaksa menunggu sehingga minit ke-71 untuk memecah kebuntuan perlawanan menerusi Muhammad Nurridzuan Abu Hassan Saari dan Adam Nor Azlin, selang enam minit kemudian.
Kim Swee menggunakan kesempatan dalam sidang media selepas perlawanan untuk melepaskan kemarahannya ekoran prestasi hambar anak buahnya dengan berkata, "Saya tak perlu tunjukkan kepada mereka untuk menjaringkan gol dengan penjaga gol sudah ditewaskan.
"Perlukah saya masuk ke dalam padang untuk menunjukkan kepada mereka? Saya tidak boleh!
"Ia sepatutnya perlawanan yang mudah. Tapi anda menyukarkan diri anda.
"Kalau anda berusia 22 tahun dan 23 tahun saya perlu tunjukkan macam mana nak jaringkan gol tanpa penjaga gol, itu ada yang tidak kena.
"Pemain perlu tingkatkan diri,
"Apa yang mengecewakan saya, kita mempunyai 10 pemain yang boleh bermain untuk edisi Sukan SEA akan datang. Anda rasa mereka akan bersedia."
Topic Berkaitan
##AyuhMalaysiaKu
#bola sepak
#Brunei
#Malaysia
#Singapura
#Sukan SEA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan