awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasukan England digelar 'si bodoh yang suka berpesta' oleh media Britain

Agensi
Agensi
21/06/2014
05:08 MYT
Pasukan England digelar 'si bodoh yang suka berpesta' oleh media Britain
Tajuk utama akhbar....
The Guardian
The Guardian
Tajuk utama The Guardian
Akhbar Britain melaporkan pasukan England kelihatan seperti si 'bodoh' yang hanya tahu ingin bergembira dan berpesta meskipun negara itu telah disahkan tersingkir awal di Piala Dunia.
Setelah Costa Rica menang 1-0 ke atas Itali pada Jumaat dan adalah mustahil untuk England mara ke perlawanan seterusnya setelah tewas dua kali, pihak media England mula mencari 'kambing hitam'.
Akhbar-akhbar tempatan menujukan kemarahan kepada Kesatuan Bola Sepak (FA England) yang memberikan lampu hijau kepada pengurus pasukan Roy Hodgson untuk terus berkhidmat – 35 minit sebelum England tersingkir dari kejohanan itu.
Daily Mail berkata ia adalah “satu penghinaan" untuk FA England mengisytiharkan Hodgson selamat dari jawatannya pada masa yang begitu pantas.
Lapor akhbar berkenaan, "[Greg Dyke] sepatutnya berkata: ‘Siapa peduli tentang peminat. Saya akan melakukan apa yang saya mahu.’”
Tambah akhbar itu, “Inilah yang terbaik. Inilah yang kita jangkakan. Inilah kita sekarang. Si bodoh yang sentiasa tersenyum, hanya gembira untuk berpesta.”
“Dyke asyik cakap tentang memenangi Piala Dunia 2022 tetapi dia adalah pihak tanpa sebarang sebarang cita-cita.”
The Daily Telegraph pula berkata Kesatuan Bola Sepak England harus memohon maaf kepada penyokong pasukan England.
The Telegraph
The Telegraph
Tajuk utama akhbar The Telegraph
“Penyingkiran pasukan ini adalah kegagalan terbaru England...[mereka] menuntut maaf dari FA, Roy Hodgson dan para pemain,” menurut laporan itu.
The Guardian pula berkata “seakan sudah menjadi kebiasaan untuk mencari kambing hitam dan jawapan” supaya dapat mengenal pasti siapa yang bertanggungjawab.
The Times berkata terdapat pengajaran yang perlu dipelajari dan sukar untuk berhujah bahawa struktur bola sepak di England sememangnya lebih baik dari Costa Rica.
"Sesetengah masalah tidak dapat diselesaikan dengan wang, kemudahan canggih, dan dibanjiri dengan jurulatih terbaik," lapor akhbar itu.
Topic Berkaitan
#akhbar Britain
#England
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan