awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
TikTok diminta matikan ciri skrol infiniti didakwa punca 'ketagihan'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pele dibenar keluar hospital selepas jalani pembedahan buang tumor

Sinar Harian
Sinar Harian
01/10/2021
04:02 MYT
Pele dibenar keluar hospital selepas jalani pembedahan buang tumor
Pele dibenarkan keluar dari sebuah hospital pada Khamis selepas dia menjalani pembedahan membuang tumor. -Gambar fail
SAO PAULO: Legenda bola sepak Brazil, Pele dibenarkan keluar dari sebuah hospital pada Khamis selepas dia menjalani pembedahan membuang tumor, kata pasukan perubatannya.
Pele, 60, menerima rawatan di Hospital Albert Einstein, Sao Paulo sejak 31 Ogos lalu selepas terdapat tumor dikesan pada ususnya semasa ujian kesihatan terhadapnya dilakukan.
Bintang bola sepak itu kemudian menjalani pembedahan pada 4 September lalu dan kemudian berada dalam keadaan stabil, kata doktornya.
"Saya berasa gembira dapat pulang ke rumah," kata Pele dalam satu kenyataan di Facebook.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pasukan perubatan hospital tersebut yang memberikan layanan yang baik kepadanya.
Anak perempuannya, Kely Nascimento sebelum ini mengemas kini maklumat di media sosial tentang perkembangan bapanya itu.
Nascimento turut menyiarkan gambar-gambar dan video yang menunjukkan dia bermain terup bersama bapanya.
Pele dianggap legenda bola sepak Brazil kerana membantu Brazil menjuarai tiga Piala Dunia iaitu pada tahun 1958, 1962 dan 1970. - Agensi
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Pele
#legenda bola sepak Brazil
#Hospital Albert Einstein
#Kely Nascimento
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan