awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemain skuad Harimau Malaya dapat semangat baharu

Bernama
Bernama
06/09/2017
04:37 MYT
Pemain skuad Harimau Malaya dapat semangat baharu
SAFIQ: Semua pemain telah menunjukkan peningkatan. - Gambar fail
Pemain skuad Harimau Malaya mendapat semangat baharu dan lebih berkeyakinan untuk meneruskan kempen Kelayakan Piala Asia 2019 setelah meraih satu mata pertama selepas seri dengan Hong Kong 1-1 malam tadi.
Kapten pasukan Safiq Rahim berkata berdasarkan perlawanan malam tadi, mutu persembahan pasukannya dilihat semakin baik apabila semua jentera bermain sebagai satu pasukan.
"Walaupun hanya mencatat keputusan seri 1-1 semua pemain telah menunjukkan peningkatan dengan corak permainan yang lebih baik daripada sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan malam tadi.
Malaysia berjaya mengutip satu mata pertama selepas berjaya mencatat keputusan seri 1-1 kepada Hong Kong pada aksi kumpulan B, Kelayakan Piala Asia 2019 yang berlangsung di Stadium Hang Jebat, Krubong malam tadi.
"Diharapkan bahawa semua pemain dapat mengekalkan corak permainan agar dapat menjana keputusan yang lebih baik pada perlawanan berikutnya.
"Kali ini kita tidak mempunyai rezeki untuk menang namun saya percaya bahawa kemenangan akan berpihak pada pasukan negara pada perlawanan berikutnya dan insya-Allah kita mampu mendapat tiga mata penuh nanti," katanya.
Pada perlawanan berikutnya, Malaysia dijadual menentang Korea Utara di Stadium Kim Il-sung, Pyongyang, Korea Utara pada 5 Okt depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harimau Malaya
#Hong Kong
#Kelayakan Piala Asia 2019
#Safiq Rahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan