awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
27 ditahan, 9 didakwa susulan kekecohan ketika protes bantah lawatan Presiden Israel ke Australia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Penentu kejuaraan EPL di tangan kami' - Guardiola

Sinar Harian
Sinar Harian
12/05/2024
06:01 MYT
'Penentu kejuaraan EPL di tangan kami' - Guardiola
Pasukan Guardiola itu berada dua mata di depan Arsenal di tempat kedua, yang akan bertandang ke Manchester United untuk perlawanan kedua terakhir mereka pada Ahad. - Foto AP
PEP Guardiola berkata penentuan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) berada di tangan mereka sendiri selepas kemenangan 4-0 ke atas Fulham pada Sabtu.
Josko Gvardiol meledak dua gol selain gol Phil Foden dan penalti Julian Alvarez memastikan prestasi cemerlang Manchester City di Craven Cottage.
Pasukan Guardiola berada dua mata di depan Arsenal di tempat kedua, yang akan bertandang ke Manchester United untuk perlawanan kedua terakhir mereka pada Ahad.
Jika Arsenal gagal menewaskan United, maka City bakal meraih kejuaraan EPL keempat berturut-turut yang tidak pernah berlaku sebelum ini dengan kemenangan di Tottenham Hotspur pada Selasa.
Walaupun Arsenal menewaskan anak buah Erik ten Hag, City masih akan merangkul kejuaraan keenam dalam tujuh musim jika mereka mengalahkan Tottenham minggu depan dan menewaskan West Ham di Stadium Eithad pada 19 Mei.
“Memandangkan mereka (Arsenal) tewas menentang Aston Villa, nasib di tangan kami.
“Dalam perlawanan terakhir musim ini menentang West Ham, nasib berada di tangan kami dan itulah yang kami mahukan. Ia akan menjadi sukar tetapi kami bersedia untuk cabaran itu.
“Pemain saya suka bermain dengan tekanan, mereka sudah biasa. Pemain menikmati perasaan ini,” kata Guardiola.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Manchester City
#Pep Guardiola
#Liga Perdana Inggeris
#Arsenal
#juara EPL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan