awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengerusi Eksekutif E-Mutiara dilantik Timbalan Presiden KDN FC

Bernama
Bernama
06/06/2024
23:40 MYT
Pengerusi Eksekutif E-Mutiara dilantik Timbalan Presiden KDN FC
Rozi (kiri) berkata kehadiran Che Ibrahim (kanan) akan membantu KDN FC menjadi lebih baik daripada segi pengurusan kerana beliau seorang yang dikenali dalam dunia korporat. - Foto Facebook KDN FC
KOTA BHARU: Pengerusi Konsortium E-Mutiara Bhd (E-Mutiara) Che Ibrahim Che Ismail dilantik sebagai Timbalan Presiden kelab bola sepak Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) bagi menggantikan Datuk Zamri Ismail yang melepaskan jawatan itu Mei lalu.
Presiden KDN FC Rozi Muhamad dalam satu kenyataan berkata pelantikan itu berkuat kuasa semalam (6 Jun) selepas hampir sebulan jawatan itu dikosongkan.
Beliau berkata kehadiran Che Ibrahim akan membantu KDN FC menjadi lebih baik daripada segi pengurusan kerana beliau seorang yang dikenali dalam dunia korporat.
Sementara itu, Che Ibrahim berkata tumpuan utama beliau bersama Presiden serta barisan kepimpinan kelab ialah membantu menjadikan kelab Sang Kijang Emas sebagai sebuah kelab yang berdaya saing serta disegani.
"Insya-Allah dengan kerjasama semua pihak terutama jawatankuasa kelab akan bekerja keras untuk nenghadapi segala cabaran yang mendatang,"katanya dalam kenyataan sama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KDN FC
#Che Ibrahim Che Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan