awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perak selangkah lakar hatrik Piala Tun Abdul Razak

Bernama
Bernama
15/10/2022
21:45 MYT
Perak selangkah lakar hatrik Piala Tun Abdul Razak
Pemain Perak Siaful Sharil Saiful Bahari meraikan jaringan gol ketika menentang pasukan Melaka pada perlawanan separuh akhir Piala Tun Abdul Razak di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perak hanya selangkah lagi memburu kejuaraan hatrik pada kejohanan hoki Piala Tun Abdul Razak 2022 selepas menewaskan Melaka 2-1 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
Pada saingan separuh akhir, anak buah S. Jagatheesan membuka tirai jaringan menerusi pukulan penalti Syed Mohammad Syafiq Syed Cholan pada minit keenam.
Bagaimanapun, Melaka menyamakan kedudukan menerusi pukulan sudut penalti disempurnakan Muhammad Nur Asyraf Ishak pada minit ke-32.
Saiful Sharil Saiful Bahri menoktahkan kemenangan menerusi pukulan sudut penalti pada suku terakhir perlawanan.
Juara bertahan edisi lepas itu pernah merangkul kejuaraan sebanyak 11 kali iaitu pada edisi 1966, 1973, 1985, 1987, 1992, 2013, 2014, 2017, 2018 dan 2020.
Perak bakal membuat perhitungan juara dengan Pahang yang mengecewakan Johor 2-1.
Sementara itu, skuad hoki wanita Melaka bakal membuat perhitungan dengan Selangor pada aksi final. Terdahulu, Melaka menewaskan Pulau Pinang 4-1 manakala Selangor menundukkan Pahang 2-1.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perak
#Piala Tun Abdul Razak 2022
#hoki
#kejuaraan hatrik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan