awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
15 kapal lalui Selat Hormuz dengan kebenaran Iran dalam tempoh 24 jam
Konflik Asia Barat: Operasi dramatik selamatkan juruterbang AS di kawasan terpencil Iran
Konflik Asia Barat: Tehran kecam ancaman Trump mengenai penutupan Selat Hormuz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perbicaraan kes rasuah Blatter, Platini ditangguh sehari

Astro Arena
Astro Arena
09/06/2022
05:39 MYT
Perbicaraan kes rasuah Blatter, Platini ditangguh sehari
Sepp Blatter, peguamnya Lorenz Erni dan anak perempuannya Corinne Blatter meninggalkan Mahkamah Jenayah Persekutuan Bellinzona (Bundesstrafgericht), 8 Jun 2022. REUTERS
PERBICARAAN bekas Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Sepp Blatter, dan bekas Presiden Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), Michel Platini, telah ditangguhkan sehari selepas Blatter berkata dia terlalu uzur untuk memberikan keterangan.
Blatter dan Platini ditetapkan untuk memulakan perbicaraan mereka di Mahkamah Jenayah Persekutuan Bellinzona malam tadi atas dakwaan penipuan.
Hakim, bagaimanapun, membenarkan penangguhan sehari selepas Blatter melaporkan dia mengalami sakit dada.
Pada 2015, kedua-duanya dilarang mengikuti aktiviti bola sepak kerana tuduhan rasuah sebelum didakwa di Switzerland pada November tahun lalu.
Mereka dipercayai menerima sogokan sebanyak £1.6 juta (RM8.8j) pada 2011 termasuk membabitkan pemilihan tuan rumah Piala Dunia.
Begitupun, Blatter dan Platini menafikan sebarang salah tuduhan yang dilemparkan.
Michel Platini meninggalkan Mahkamah Jenayah Persekutuan Bellinzona (Bundesstrafgericht), 8 Jun 2022. REUTERS
Michel Platini meninggalkan Mahkamah Jenayah Persekutuan Bellinzona (Bundesstrafgericht), 8 Jun 2022. REUTERS
Topic Berkaitan
#bekas Presiden FIFA
#Rasuah
#Sepp Blatter
#Michel Platini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan