awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang diberi dana RM4 juta

Bernama
Bernama
25/01/2015
02:41 MYT
Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang diberi dana RM4 juta
LIM: Kita letakkan harapan yang tinggi kepada pasukan ini dan harap mereka dapat kembalikan kegemilangan bola sepak Pulau Pinang.
Kerajaan negeri menerusi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menyalur sebanyak RM4 juta kepada Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) pada musim 2015.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata sejumlah RM2 juta lagi akan ditambah sekiranya skuad Harimau Kumbang itu berjaya menampilkan aksi cemerlang dalam saingan Liga Perdana yang akan bermula bulan depan.
"Kita letakkan harapan yang tinggi kepada pasukan ini dan harap mereka dapat kembalikan kegemilangan bola sepak Pulau Pinang dan mencapai hasrat untuk ke Liga Super pada 2016," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran jersi Pulau Pinang di sini malam tadi.
Lim yang juga pengerusi PBAPP berkata segala pembiayaan yang dibuat akan diaudit bagi memastikan ia dilaksanakan secara telus dan mengikut prosedur sepatutnya.
Sementara itu Presiden FAP Datuk Seri Nazir Ariff Munshir Ariff berkata pihaknya kini sedang mempergiat usaha pembangunan bakat pada peringkat akar umbi melibatkan peserta berusia lima hingga 19 tahun.
Katanya persatuan itu menyasar untuk membentuk pasukan terdiri daripada anak jati Pulau Pinang menjelang 2018, seterusnya mengupayakan mereka untuk bersaing pada peringkat tertinggi dalam arena bola sepak negara pada masa depan.
"Pencarian bakat akan dijalankan melalui siri latihan, permainan dan pertandingan peringkat sekolah dan kelab yang dijangka melibatkan sehingga 10,000 peserta dari seluruh negeri bermula tahun ini," katanya.
Topic Berkaitan
#FAP
#harimau kumbang
#Liga Perdana
#Lim Guan Eng
#PBAPP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan