awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Semua pihak wajib patuhi undang-undang, jangan politikkan isu agama - Sultan Ibrahim
PTVM hargai sumbangan Suhaimi Sulaiman, gesa transformasi RTM diteruskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala AFF 2022: Harimau Malaya terus kempunan, tewas di tangan Vietnam

Astro Awani
Astro Awani
27/12/2022
14:54 MYT
Piala AFF 2022: Harimau Malaya terus kempunan, tewas di tangan Vietnam
Turun dengan kesebelasan terbaik, Malaysia dilihat cuba bertahan dengan serangan yang dijelmakan skuad bimbingan Park Hang-seo pada 30 minit pertama. - Gambar/ Facebook FAM
KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya masih tidak dapat menyaingi Vietnam apabila tewas 0-3 pada aksi Piala AFF 2022 yang turut terpalit dengan penalti kontroversi di Stadium My Dinh, Hanoi pada Selasa malam.
Turun dengan kesebelasan terbaik, Malaysia dilihat cuba bertahan dengan serangan yang dijelmakan skuad bimbingan Park Hang-seo pada 30 minit pertama.
Namun, Vietnam memperolehi jaringan pertama menerusi tandukan daripada penyerang Nguyen Tien Linh pada minit ke-32.
BACA: Cuaca sejuk, berangin ujian buat skuad Harimau Malaya di Hanoi
Vietnam sekali lagi berjaya menjaringkan gol menerusi sepakan penalti kontroversi yang melibatkan layangan kad merah kepada pertahanan negara, Azam Azmi Murad pada minit ke-64 sebelum gol ketiga hadir menerusi Nguyen Hoang Duc pada minit ke-83.
Keputusan itu menyaksikan Vietnam merampas kedudukan teratas kumpulan B, berkongsi enam mata bersama Malaysia dan Singapura.
Skuad Harimau Malaya dijadualkan bertemu Singapura pada 3 Januari depan bagi menamatkan aksi kumpulan B.
Topic Berkaitan
#harimau Malaya
#Vietnam
#Malaysia
#Piala AFF 2022
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan