awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Dunia 2018: Pertama kali dalam sejarah tiada pengadil dari Britain

Agensi
Agensi
30/03/2018
05:45 MYT
Piala Dunia 2018: Pertama kali dalam sejarah tiada pengadil dari Britain
Fifa memutuskan tiada wakil dari Britain dipilih oleh Fifa 99 pengadil dan pembantu pengadil yang dilantiknya. sumber- Gambar Fail
Sejak tahun 1938, Kejohanan Piala Dunia 'mencipta' sejarah apabila tiada pengadil dari Britain dilantik dalam kejohanan itu yang akan bermula tidak lama lagi di Rusia.
Sebanyak 99 pengadil dan pembantu pengadil telah dipilih oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ke Rusia tetapi tiada antara mereka yang terpilih berasal dari England, Scotland, Wales, dan Ireland Utara.
Walaupun Persatuan Bola Sepak (FA) England mencadangkan Mark Clattenburg, bekas pengadil di Liga Perdana Inggeris (EPL) yang kini Ketua Pengadil Arab Saudi tetapi cadangan itu ditolak Fifa.
Video Assistants Referee (VAR) juga bakal digunakan pertama kali dalam kejohanan itu dan semua pengadil yang dilantik FIFA akan menjalani kursus selama dua minggu bulan depan di Coverciano, untuk memahami kaedah penggunaannya.
“Ini merupakan satu kekecewaan kerana kami sentiasa bangga dengan tahap kepengadilan kami dalam perlawanan bertaraf antarabangsa pada tempoh yang lama,” kata Pengurus Besar Professional Game Match Officials Limited (PGMOL), Mike Riley kepada Sky Sports.
Beliau turut menambah, selepas Mark Clattenburg berhijrah, pihaknya tidak berpeluang mencari pengganti dan melatih pelapis baharu untuk layak mengadili Piala Dunia.
Kritikan terhadap mutu kepengadilan EPL sering diperdebatkan malah Pengurus Arsenal, Arsene Wenger pernah melabel pengadil EPL “tidak cukup bekerja dan belajar.”
Topic Berkaitan
#FA england
#Gareth Southgate
#Liga Perdana Inggeris
#Mark Clattenburg
#Piala Dunia 2018
#Rusia
#Wembley Stadium
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan