awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Dunia Qatar: Tewas kepada Arab Saudi cetus kebangkitan Argentina

Sinar Harian
Sinar Harian
14/12/2022
02:30 MYT
Piala Dunia Qatar: Tewas kepada Arab Saudi cetus kebangkitan Argentina
Scaloni menghamburkan pujian kepada Messi dan tidak pernah meragui kemampuan pemain terbaik dunia itu. - Foto AP
PENGENDALI Argentina, Lionel Scaloni menyifatkan kekalahan pasukannya kepada Arab Saudi dalam perlawanan pertama kempen Piala Dunia mencetus kebangkitan skuad La Albiceleste.
Menurutnya, pemain Argentina memberi respon yang positif selepas kekalahan tersebut sekali gus berjaya menang lima perlawanan berturut-turut dan mara ke final.
"Selepas kami tewas kepada Arab Saudi, kami merasai kasih sayang dan sokongan daripada penyokong, seluruh negara, rakyat kami dan ia sesuatu yang sangat hebat memberikan tenaga dan kekuatan kepada kami.
"Saya cuba untuk tidak beremosi tetapi ia agak sukar kerana saya berada di tempat yang menjadi impian rakyat Argentina. Mewakili negara saya adalah perkara yang paling menyentuh hati.
"Selepas itu, anda boleh kalah atau menang, tetapi ia kerana semua pemain dan rakyat Argentina. Mereka bersama kami ketika kalah dan ia sesuatu yang tidak pernah saya alami," katanya.
Arab Saudi mengejutkan Argentina dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan menewaskan pasukan dari Amerika Selatan itu 2-1 pada 22 November lalu.
Bagaimanapun, bangkit untuk menang kesemua perlawanan dicetuskan oleh bintang sensasi mereka, Lionel Messi yang terlibat dalam lapan daripada 12 gol yang dijaringkan pasukannya di Qatar.
PIALA DUNIA 2022
Pemain berusia 35 tahun itu juga meledak satu gol dalam perlawanan separuh akhir menentang Croatia dan dinobat pemain terbaik perlawanan.
Dalam pada itu, Scaloni menghamburkan pujian kepada Messi dan tidak pernah meragui kemampuan pemain terbaik dunia itu.
"Bagi saya, amat menarik untuk melihatnya beraksi dan dia sememangnya seorang pemain terbaik dunia.
"Setiap kali saya melihatnya, dia mencipta sesuatu dan memberikan cetusan kepada rakan sepasukan dan rakyat. Bukan sahaja kepada rakyat Argentina. Kami bertuah kerana dia mewakili kami," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Lionel Scaloni
#Piala Dunia 2022
#La Albiceleste
#Arab Saudi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan