awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PKB jalin kerjasama strategik penerbitan digital bersama syarikat India, Thailand
MCMC buka 36 kertas siasatan penyebaran berita palsu krisis tenaga global di media sosial
Mahmud Abu Bekir saman Cahya Mata Sarawak didakwa halang hadiri mesyuarat pengarah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Sudirman: Beregu wanita sandarkan persiapan rapi tanpa kejohanan

Astro Arena
Astro Arena
21/09/2021
23:15 MYT
Piala Sudirman: Beregu wanita sandarkan persiapan rapi tanpa kejohanan
Pemain beregu wanita, M. Thinaah, berharap mendapat rentak terbaik dalam kempen Piala Sudirman di Finland dengan menepati misi suku akhir yang bermula Ahad ini. -Astro Arena
PEMAIN beregu wanita, M. Thinaah, berharap mendapat rentak terbaik dalam kempen Piala Sudirman di Finland dengan menepati misi suku akhir yang bermula Ahad ini.
Dia mengakui berdepan kesukaran melakukan persediaan di samping gandingannya, Pearly Tan, selepas tempoh masa lama tanpa kejohanan selepas kali terakhir beraksi dalam Kejohanan Seluruh England, Mac lalu.
"Kami membuat persiapan yang baik walaupun bergelut pada permulaannya.
"Minggu pertama agak sukar sebab sudah lama tidak beraksi bersama, lagipun lama tidak menyertai kejohanan.
"Kombinasi kami semakin meningkat setiap hari," kata pemain di ranking ke-19 dunia itu di Nadi Arena sebelum berlepas ke venue kejohanan berkenaan, semalam.
Sumber Facebook BAMalaysia
Juara Terbuka Switzerland pada Mac lalu itu kini merupakan beregu wanita nombor satu negara selepas bekas beregu wanita, Chow Mei Kuan, memilih untuk bersara.
Di sebalik umur yang muda, Thinaah-Pearly tidak gentar apabila bakal bersaing dengan pemain-pemain yang lebih berpengalaman dalam Piala Sudirman.
Dia juga menjelaskan dua aspek yang mereka perlu lebih fokus sebagai penambahbaikan supaya mampu melakar kejutan ketika kejohanan berprestij itu.
"Kami belajar daripada kejohanan terakhir, iaitu perlu lebih tenang dan agresif ketika menyerang.
"Ini dua aspek sebelum kami perlu tingkatkan. Kami akan berdepan lawan dalam kalangan 10 terbaik dunia. "Kami harap dapat jelmakan apa yang dilakukan dalam latihan," katanya.
Topic Berkaitan
#badminton
#Piala Sudirman
#M Thinaah
#Pearly Tan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan