awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Sekuel 'F1' Brad Pitt sah dalam pembikinan — Jerry Bruckheimer
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis akan panggil penganjur Kejohanan Skuasy Wanita Dunia

Astro Awani
Astro Awani
05/12/2015
12:40 MYT
Polis akan panggil penganjur Kejohanan Skuasy Wanita Dunia
Polis Kontinjen Kuala Lumpur telah diarah untuk memanggil penganjur kejohanan itu, Hallmark Events Group dan Professional Squash Association (PSA).
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil penganjur Kejohanan Skuasy Wanita Dunia yang membuat keputusan untuk menangguhkan kejohanan itu berikutan isu keselamatan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya telah mengarahkan Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk memanggil penganjur kejohanan itu, Hallmark Events Group dan Professional Squash Association (PSA).
"Kita tidak pernah sama sekali memberi apa juga nasihat kepada penganjur bahawa negara ini tidak selamat. Kita baru sahaja selesai ASEAN Summit di mana kuasa-kuasa besar dunia ada di sini, jadi untuk polis memastikan keselamatan pemain-pemain skuasy bukan satu masalah.
"Saya telah mengarahkan Polis Kuala Lumpur untuk memanggil penganjur bagi mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan ancaman keselamatan yang mereka maksudkan itu," kata Khalid.
Beliau berkata demikian selepas majlis Pertandingan Endurance Terbuka PDRM sempena ulang tahun penubuhan Pasukan Simpanan Persekutuan ke-60.
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengeluarkan kenyataan mahu Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta PDRM mendapatkan penjelasan daripada penganjur Kejohanan Skuasy Wanita Dunia mengenai penangguhan tersebut.
Najib berkata beliau memandang serius laporan media yang mendakwa kejohanan yang dijadualkan berlangsung 11 hingga 18 Disember di Kuala Lumpur berkemungkinan tidak diteruskan atas risiko keselamatan.
Najib turut menegaskan bahawa keselamatan rakyat dan tetamu dari luar negara serta kestabilan dan keamanan dalam negara sentiasa menjadi keutamaan Malaysia.
Malaysia sebelum ini menjadi tuan rumah pelbagai acara persembahan, persidangan, pertandingan sukan dan acara lain setiap tahun tanpa sebarang kejadian tidak diingini.
Topic Berkaitan
#Hallmark Events Group
#Khairy Jamaluddin
#Skuasy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan