awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
Kekurangan air meruncing di Bandaraya Gaza meskipun saluran bekalan utama dibuka semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Pafa didesak letak jawatan, Hasnul pula tak sedia berganjak

Noraida Abdul Kassim
Noraida Abdul Kassim
04/11/2018
12:04 MYT
Presiden Pafa didesak letak jawatan, Hasnul pula tak sedia berganjak
Antara penyokong pasukan Perak yang menurunkan tandatangan petisyen mendesak Presiden PAFA meletakkan jawatan. - Foto: Twitter @PerakTheYob
"Sekiranya dia (Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim) masih enggan letak jawatan sebagai Presiden Pafa, kami akan serah memorandum kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu," tegas penyokong pasukan bola sepak Perak.
Mereka merupakan sebahagian daripada 200 orang penyokong The Bos Gaurus yang berhimpun di hadapan Stadium Perak, di sini bagi mendesak Hasnul untuk meletakkan jawatan, seterusnya memberi laluan kepada Ahmad Shahrul Azhar Sofian yang lebih berpengalaman.
Menurut Muhammad Khairul Muzamir Mohd Rudzlan, 33, bantahan itu tidak ada kena mengena dengan unsur politik sebagaimana yang didakwa oleh segelintir pihak.
"Sudah seminggu berakhir Piala Malaysia masih lagi tiada sambutan kejayaan pasukan Perak, dia mencabul kehormatan Piala Malaysia itu sendiri, dia tangkap gambar, dia upload di Facebook seolah-olah piala itu dia yang punya.
"Kami desak dia letak jawatan, dan mahu bekas setiausaha kehormat Pafa, Ahmad Shahrul Azhar sebagai ganti disebabkan dia tahu tentang bola. Jangan politikkan bola tidak kiralah dari parti mana sekalipun.
"Dulu alasan dia kata tunggu MB, tapi sekarang dah Ahad kedua, masih lagi tiada sambutan, kalau ada sambutan sekalipun kami hanya akan raikan dengan para pemain tapi bukan dengan Presiden Pafa," katanya ketika ditemui pemberita pada Ahad.
Di Loken, Ipoh pagi ini. Tandatangan petisyen mendesak Presiden PAFA meletakkan jawatan.#presidenPAFAout pic.twitter.com/fnb6XVfCZ4
— PTY (@PerakTheYob) November 4, 2018
Sementara itu, Mohd Shirin Adnan pula berpendapat Hasnul gagal mentadbir pasukan negeri Perak, katanya beliau juga mewakili penyokong pasukan itu tidak mahu ahli politik terlibat dalam bidang sukan.
"Saya nak pesan satu sahaja, pada tahun 2008 saya pernah mendakap Piala Malaysia tetapi bukan di celah kangkang... Piala Malaysia dijulang dan pastikan ia piala keramat bukan suka-suka dijaja untuk kepuasan sendiri.
"Hargailah peminat, hargai pemain dan hargai sokongan dari penyokong Perak, jangan politikkan sukan," tegasnya.
Baru-baru ini, Hasnul memohon maaf dan mengaku kekhilafan dirinya sewaktu bergambar dengan trofi Piala Malaysia ketika makan mi segera di dalam bilik hotel dan tepi kolam renang sebagaimana tular di media sosial.
Beliau menjelaskan tiada niat untuk berkongsi gambar tersebut dengan netizen di laman sosial dan hanya digunakan untuk simpanan peribadi.
Hasnul setakat ini bagaimanapun, tidak berganjak daripada pendiriannya untuk terus memegang jawatan itu walaupun menerima desakan.
BACA: Presiden Pafa tidak berganjak walaupun didesak letak jawatan
Topic Berkaitan
#Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim
#PAFA
#penyokong perak
#presiden pafa
#The Bos Gaurus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan