awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026

Bernama
Bernama
09/02/2026
22:40 MYT
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
Keberangkatan Raja Zarith Sofiah adalah bagi menyaksikan paduka anakanda Tunku Abdul Rahman dan Tunku Abu Bakar yang beraksi mewakili pasukan Johor Motorsports Racing (JMR). - Gambar Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke siri perlumbaan Asian Le Mans (ALMS) 2026 yang berlangsung di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), pada hujung minggu lepas.
Menurut hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Isnin, keberangkatan Seri Paduka Baginda pada Sabtu dan Ahad itu adalah bagi menyaksikan paduka anakanda Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Al-Haj Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Al-Haj Sultan Ibrahim yang beraksi mewakili pasukan Johor Motorsports Racing (JMR).
Turut berangkat, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Sultan Ibrahim dan Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim bersama suami, Datuk Dennis Muhammad Abdullah.
Siri perlumbaan Asian Le Mans merupakan siri serantau yang bertumpu di Malaysia (Sepang) dan UAE sebagai kelayakan ke perlumbaan berprestij Le Mans 24 Jam di Perancis.
Dalam hantaran berasingan, Raja Zarith Sofiah juga berkenan melawat Masjid Sheikh Zayed pada Isnin.
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda yang diiringi Tunku Tun Aminah dan suami disambut oleh Ketua Pengarah Masjid Sheikh Zayed Dr Yousif Abdallah Alobaidli.
Raja Permaisuri Agong meluangkan masa kira-kira satu jam untuk mendengar taklimat dan meninjau persekitaran masjid berkenaan.
Masjid yang dibuka pada 2007 itu adalah hasil visi pengasas negara itu, Sheikh Zayed bin Sultan Al-Nahyan, dan merupakan antara masjid terbesar di dunia yang mampu memuatkan kira-kira 55,000 jemaah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Raja Permaisuri Agong
#Raja Zarith Sofiah
#Asian Le Mans
#Tunku Panglima Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan