awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis sekat komunikasi tahanan Pakistan lolos dari Penjara Sungai Buloh
Pengorbanan Kedah pelihara kawasan padi, tadahan air wajar dibalas setimpal - Sultan
Kamus Dewan Perdana versi web kini boleh diakses
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rezal Zambery dilantik penolong ketua jurulatih KDN FC

Sinar Harian
Sinar Harian
19/03/2024
06:30 MYT
Rezal Zambery dilantik penolong ketua jurulatih KDN FC
Rezal Zambery (kanan) dilantik sebagai penolong ketua jurulatih KDN FC. - Foto Sinar Harian
KELANTAN Darul Naim FC (KDN FC) melantik Rezal Zambery Yahya sebagai penolong ketua jurulatih pasukan itu bagi mengharungi musim baharu Liga Super 2024-2025.
Presiden KDN FC, Rozi Muhamad berkata, kehadiran Rezal Zambery tepat pada masanya selepas beliau dilihat berjaya membangunkan pemain muda seperti dilakukan dengan pasukan sebelum ini.
“Dengan menggunakan tenaga muda dan padanan Rezal Zambery bersama jurulatih yang sudah kami ambil, Insya-ALLAH akan membolehkan KDN FC memberi cabaran hebat dalam saingan Liga Super.
“Kami juga percaya Rezal Zambery akan meletakkan pasukan ini dalam landasan yang sebenar sekali gus menaikkan nama KDN FC,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Menurut beliau, barisan pegawai dan kejurulatihan KDN FC menandatangani kontrak musim 2024-2025 di Pejabat Urusan Kelab di Bangunan Astaka Stadium Sultan Muhammad IV pada Isnin.
Dalam pada itu, Rozi berkata, pihaknya juga akan melakukan usaha terbaik dalam pasukan untuk memberi cabaran kepada pesaing-pesaing liga musim ini.
“Kami mengucapkan selamat datang dan selamat berkhidmat baut Sang Kijang Emas.
“Musim ini, kami akan usahakan yang terbaik agar mampu memberi cabaran kepada kelab-kelab Liga Malaysia yang lain,” katanya.
Zambery sebelum ini menggalas peranan sebagai Pengarah Pembangunan Akar Umbi KDN FC semasa pasukan itu dikenali sebagai Kelantan United FC.
Selain beliau, pengurusan Kijang Emas turut mengumumkan perlantikan Ashadi Mohd Yusof sebagai penolong jurulatih dan Abdul Rahman Baba sebagai jurulatih penjaga gol.
Identiti jurulatih baharu yang bakal mengisi kerusi panas KDN FC dijangka diketahui tidak lama lagi. Pada musim 2023, pasukan itu menggunakan khidmat jurulatih Republik Czech, Tomas Trucha sebelum membawa masuk jurulatih Brazil, Ailton Silva.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Dapatkan liputan dan kedudukan terkini Liga Super di sini
Topic Berkaitan
#Kelantan Darul Naim FC
#Rezal Zambery Yahya
#penolong ketua jurulatih
#Liga Super
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan