awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Roma turunkan pemain tidak sah, Verona menang percuma

Astro Arena
Astro Arena
23/09/2020
02:11 MYT
Roma turunkan pemain tidak sah, Verona menang percuma
Amadou Diawara. - Foto Astro ARENA
ROMA diberi kekalahan 0-3 kerana menurunkan pemain yang tidak sah ketika menentang Hellas Verona dalam perlawanan pembukaan Serie A, hujung minggu lalu.
Lega Serie A hari ini mengumumkan bahawa Roma telah menurunkan pemain lebih umur 22 tahun itu yang belum didaftarkan dalam senarai 25 pemain skuad terbabit.
Menurut laporan, terdapat kesilapan teknikal terhadap pendaftaran Amadou Diawara yang berusia 23 tahun pada Julai lalu.
Perlawanan di Marc'Antonio Bentegodi itu berakhir tanpa gol, sehubungan itu satu mata yang dipungut kelab ibu kota Itali tersebut ditarik balik manakala tuan rumah dikurniakan mata penuh.
Dalam masa sama, pengurus Verona, Ivan Juric, didenda €5,000 (RM24,203) berikutan memberikan arahan kepada pasukannya dari tempat duduk di sebalik menjalani hukuman penggantungan.
Topic Berkaitan
#Amadou Diawara
#Hellas Verona
#Itali
#kesilapan teknikal
#menang percuma
#pemain lebih umur
#pemain tidak sah
#Roma
#Serie A
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan