awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rooney tolak cadangan Ronaldo sertai Man City

Astro Arena
Astro Arena
27/08/2021
00:01 MYT
Rooney tolak cadangan Ronaldo sertai Man City
Kapten Portugal itu membuktikan dirinya sebagai salah satu pemain terbaik dunia selama enam tahun bersama United sebelum menyertai Real Madrid. - Foto fail/Stadium Astro
WAYNE ROONEY tidak percaya Cristiano Ronaldo akan mengambil risiko merosakkan status legenda Manchester United dengan bergabung dengan Manchester City.
Penyerang Juventus, Ronaldo dilaporkan hampir bergabung dengan juara Liga Perdana Inggeris (EPL) City dengan perjanjian dua tahun sebelum jendela perpindahan ditutup Selasa depan.
Kapten Portugal itu membuktikan dirinya sebagai salah satu pemain terbaik dunia selama enam tahun bersama United sebelum menyertai Real Madrid dalam perjanjian bernilai GBP80 juta pada bulan Julai 2009.
Ronaldo menjaringkan 118 gol dalam 292 permainan di bawah kendalian Alex Ferguson di Old Trafford, dengan tiga gelaran EPL dan kemenangan Liga Juara-Juara (UCL) di antara senarai pencapaian yang diraih ketika bersama United.
Bekas rakan sepasukan pemain berusia 36 tahun itu, Rooney perpindahan ke Paris Saint-Germain (PSG) lebih cenderung untuk Ronaldo, dengan Madrid berkata hampir untuk melengkapkan perpindahan Kylian Mbappe dari kelab Ligue 1 itu.
Ditanya mengenai prospek Ronaldo bergabung dengan skuad City kendalian Pep Guardiola, bos Derby County, Rooney berkata, "Ia merupakan sesuatu yang menarik tetapi saya tidak dapat melihatnya.
"Saya berasakan Cristiano mempunyai legasi yang sangat baik di Manchester United dan saya tahu betapa bangganya dia sebagai pemain kelab itu. Saya tidak dapat melihatnya, tetapi ini adalah bola sepak jadi anda tidak akan dapat tahu apa yang bakal berlaku."
"Ada beberapa yang melakukannya (bergabung dengan City setelah bermain untuk United) tetapi tidak ada yang di berada di tahap Cristiano. Jelas, Peter Schmeichel dan Andy Cole, tetapi saya tidak dapat melihat perpindahan itu sebagai pilihannya.
"Dari segi kewangan tentu saja dia tidak perlu melakukannya. Saya berasakan PSG menjadi destinasi yang terbaik baginya."
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Wayne Rooney
#Cristiano Ronaldo
#Manchester City
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan