awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
“Inspiring Billionaire” : Gambaran mustahil Ananda Krishnan kini jadi ikonik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rundingan sulit Paul Revington dengan MHC

Astro Awani
Astro Awani
16/06/2013
23:13 MYT
Rundingan sulit Paul Revington dengan MHC
Ketua Jurulatih Hoki Negara Paul Revington mengadakan pertemuan sulit dengan Pegawai Konfederasi Hoki Malaysia (MHC).
Meskipun tidak memberi sebarang maklumbalas Revington difahamkan menarik balik e-mail perletakan jawatan selepas bertemu Presiden MHC, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Terdahulu pada Ahad, Revington dan Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan MHC, Manjit Majid Abdullah membuat perbincangan selama dua jam.
Tujuan utama ialah bagi memujuk pengendali ini menarik semula perletakan jawatannya.
Mereka kemudian beredar untuk bertemu seorang lagi pegawai tertinggi MHC di lokasi yang dirahsiakan.
Andai Revington kekal dengan keputusan mahu meletak jawatan, ia bakal memberi impak besar kepada Skuad Senior Kebangsaan.
Tambahan pula mereka selepas ini akan ke Johor bagi menyertai Liga Dunia, hujung bulan ini.
Pada Sabtu, Jawatankuasa Kejurulatihan MHC menyatakan cadangan untuk memecat Jurulatih Skuad Projek 2013, Muhammad Dharma Raj Abdullah dan Pengarah Projek 1Mas, Lim Chiow Chuan kerana mengganggu tugas Revington.
Topic Berkaitan
#hoki
#letak jawatan
#MHC
#Paul Revington
#pertemuan sulit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan