awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah sambar slot ke Piala AFC 2023

Sinar Harian
Sinar Harian
26/11/2022
23:20 MYT
Sabah sambar slot ke Piala AFC 2023
The Rhinos sebelum ini menamatkan saingan Liga Super di tangga ketiga selepas mengumpul 42 mata dari 22 perlawanan. - Facebook Sabah Football Club
SABAH FC sah akan beraksi di pentas Piala AFC 2023 selepas Johor Darul Ta'zim (JDT) dinobatkan sebagai juara Piala Malaysia 2022 malam tadi.
Ia kerana berdasarkan peraturan yang ditetapkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), sekiranya juara bagi saingan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia merupakan kelab yang sama, maka, slot kedua ke saingan Piala AFC akan diberikan kepada pasukan yang menamatkan saingan di tempat ketiga Liga Super.
The Rhinos bimbingan Datuk Ong Kim Swee sebelum ini menamatkan saingan Liga Super di tangga ketiga selepas mengumpul 42 mata dari 22 perlawanan.
Sebelum ini slot pertama kejuaraan tahap dua kelab Asia itu ke saingan menjadi milik Terengganu FC (TFC) yang menamatkan saingan Liga Super di tangga kedua.
JDT bimbingan Hector Bidoglio pula meraih slot tunggal ke saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2023 selepas muncul juara Liga Super 2022. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Ong Kim Swee
#Sabah FC
#Piala AFC 2023
#Liga Super
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan