awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Air Canada gantung penerbangan ke Cuba susulan kekurangan bahan api jet
Keluarga Jimmy Lai rayu Trump, pemimpin dunia gesa Beijing bebaskan taikun media Hong Kong itu
Polis Norway siasat diplomat susulan kaitan dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saingan MotoGP Malaysia tetap meriah tanpa slot wild card pelumba negara

Astro Arena
Astro Arena
05/09/2016
13:59 MYT
Saingan MotoGP Malaysia tetap meriah tanpa slot wild card pelumba negara
Pelancaran MotoGP Malaysia 2016 menyasarkan sambutan peminat akan bertambah berbanding tahun lepas. - Gambar hiasan
KETUA Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali menyifatkan ketiadaan slot wild card untuk pelumba tempatan pada saingan MotoGP Malaysia tidak merencatkan sambutan peminat pada perlumbaan Oktober ini.
Pelancaran MotoGP Malaysia 2016 menyasarkan sambutan peminat akan bertambah berbanding tahun lepas.
Walaupun ketiadaan peruntukan slot wild card kepada pelumba tempatan seperti kebiasaanya, Razlan masih optimis peminat sukan bermotosikal Malaysia tetap akan membanjiri Litar Sepang.
“Tiada slot pelumba wild card dari Malaysia, tetapi kami memiliki pelumba yang berbakat untuk menyinar buat musim tahun hadapan,” kata Razlan.
Malaysia mempunyai tiga wakil dalam saingan MotoGP, antaranya Hafizh Syahrin dalam kelas Moto2, Khairul Idham Pawi dan Adam Noordin di saingan Moto3.
Tahun 2016 juga merupakan tahun akhir Malaysia akan menganjurkan saingan MotoGP, dan Razlan kini dalam perbincangan dengan pihak kerajaan untuk melanjutkan kontrak hingga lima tahun lagi.
“Sebelum saingan MotoGP berlangsung nanti kami patut akan mendapatkan hasilnya, saya yakin kita akan dapat melanjutkan kontrak untuk terus menganjurkan perlumbaan ini di Malaysia.”
Topic Berkaitan
#litar sepang
#Malaysia
#MotoGP
#Razlan Razali
#SIC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan