awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak buru emas bola sepak Sukma 2016

Astro Arena
Astro Arena
23/09/2015
12:34 MYT
Sarawak buru emas bola sepak Sukma 2016
Sarawak pernah menjuarai acara bola sepak ketika menjadi tuan rumah Sukma 1990 yang turut menyaksikan Sarawak muncul juara temasya sukan berkenaan. - Gambar Astro ARENA
Sarawak mengidam gelaran juara dalam acara bola sepak pada Sukan Malaysia (Sukma) 2016.
Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) Datuk Abu Bakar Marzuki berkata selaku pengurus pasukan beliau telah menetapkan sasaran sekurang-kurangnya beraksi dalam perlawanan akhir.
Sarawak akan menjadi tuan rumah Sukma tahun depan dan bola sepak antara sukan yang mensasarkan pingat emas.
Beliau berkata jurulatih dari Bosnia Fuad Grbesic yang juga jurulatih skuad remaja Sarawak telah dilantik untuk menjadi jurulatih pasukan bola sepak Sukma Sarawak 2016.
Abu Bakar percaya Fuad, bekas pemain kebangsaan Bosnia dan menjadi jurulatih sementara skuad Liga Super Sarawak selepas pemergian jurulatih dari Belanda, Robert Alberts, mampu mencari pemain-pemain berkaliber untuk membentuk sebuah pasukan yang mantap.
“Juruatih Fuad dengan bantuan beberapa jurulatih tempatan sedang mencari pemain-pemain berkaliber dari seluruh pelosok negeri untuk diserapkan ke dalam pasukan,” tambah Abu Bakar.
Sarawak pernah menjuarai acara bola sepak ketika menjadi tuan rumah Sukma 1990 yang turut menyaksikan Sarawak muncul juara temasya sukan berkenaan.
Topic Berkaitan
#Abu Bakar Marzuki
#Persatuan Bolasepak Malaysia
#Sukan Malaysia 2016
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan