awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saya mahu perbaiki segalanya - Nadal sasar juarai Masters Paris

Astro Arena
Astro Arena
06/11/2020
03:16 MYT
Saya mahu perbaiki segalanya - Nadal sasar juarai Masters Paris
Rafael Nadal ketika beraksi dalam pertemuan bersama Jordan Thompson ketika kejohanan ATP Masters 1000 di Arena AccorHotels, Paris, 5 Nov, 2020. REUTERS
RAFAEL Nadal menegaskan dia tidak akan berhenti berusaha memperbaiki permainannya ketika memberikan amaran tegas lawan dalam suku akhir Masters Paris, Pablo Carreno Busta.
Sehari sebelum menewaskan Feliciano Lopez untuk kemenangan ke-1,000 dalam saingan Jelajah ATP, Nadal mengatasi Jordan Thompson dalam straight set semalam.
Pemain tenis kelahiran Sepanyol itu sekadar kehilangan 12 mata ketika melakukans ervis dalam pertembungan perama dengan pemain ke-61 dunia, Thompson.
Namun di sebalik persembahan yang mengagumkan di Bercy, Nadal percaya dia masih perlu mempertingkatkan mutu permainan jika ingin mengatasi rakan senegara, Busta, yang menewaskan Norbert Gombos 7-5 6-2.
"Saya mahu memperbaiki segalanya, selalu," kata pemain nombor dua dunia itu yang menang 6-1, 7-6 (7-3). "Tetapi itulah kerja setiap hari, bukan? Cuba memperbaiki perkara yang saya berasakan dapat melakukannya dengan lebih baik, dan mempertahankan perkara yang saya lakukan dengan baik, bukankah begitu?
"Oleh itu, saya fikir saya tidak melakukan banyak perkara yang kurang baik. Saya hampir tidak bermain dalam gelanggang tertutup selama hampir setahun, dan merupakan sebahagian daripada proses tentu saja. Saya perlu ke hadapan. Saya rasa perlawanan seperti ini dapat membantu. Perlawanan semalam, hari ini, esok adalah peluang bagi saya.
"Saya perlu bersedia untuk bermain yang terbaik menentang lawan yang saya tahu bermain dengan baik dan yakin. Saya berharap akan bersedia untuk bermain permainan saya dan membaca perlawanan dengan baik, kerana itulah yang saya perlukan."
Merci beaucoup. @RafaelNadal | #Rafa1000 pic.twitter.com/6SNS7TUQBF
— ATP Tour (@atptour) November 4, 2020
Topic Berkaitan
#Rafael Nadal
#amaran
#Paris
#Feliciano Lopez
#Jordan Thompson
#tenis
#Pablo Carreno Busta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan