awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sazali kecewa dituduh punca bina badan tidak tersenarai

Astro Arena
Astro Arena
18/02/2016
06:00 MYT
Sazali kecewa dituduh punca bina badan tidak tersenarai
SAZALI: Kita perlu usaha untuk sukan bina badan disenaraikan balik kerana bila lagi kita akan dapat peluang melihat sukan ini di Kuala Lumpur.
JAGUH bina badan negara, Sazali Samad kecewa dikaitkan sebagai punca acara itu tidak dipertandingkan di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 sedangkan beberapa acara lain turut mempunyai rekod atlit positif doping.
Bina badan antara lima sukan yang digugurkan daripada senarai awal 34 acara Sukan SEA 2017. Turut digugurkan adalah sukan kenu, lawan pedang, judo dan triatlon. Bagaimanapun, bina badan curi tumpuan kerana dijangka mampu menyumbang dua pingat emas namun tidak dipertandingkan selepas Sazali didakwa punca kerana positif doping, tahun lalu. Sazali nyata kecewa dengan dakwaan itu. "Nak kata saya jadi punca sukan lain pun tidak dipertandingkan, pada saya dakwaan sebegitu sememangnya tidak adil. "Tetapi kita perlu usaha untuk sukan bina badan disenaraikan balik kerana bila lagi kita akan dapat peluang untuk melihat sukan ini di Kuala Lumpur," jelasnya. Sazali yang memegang rekod gelaran Mr Universe 10 kali didapati positif steroid tahun lalu lalu digantung empat tahun, dan kini sedang menunggu keputusan rayuan untuk mengurangkan hukuman terbabit. Kali terakhir bina badan dipertandingkan ialah Sukan SEA Myanmar 2013 di mana Malaysia raih satu pingat emas, satu perak dan satu gangsa.
Topic Berkaitan
#bina badan
#Sazali Samad kecewa
#Sukan SEA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan