awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor tarik diri daripada kejohanan bola sepak jemputan di China

Bernama
Bernama
24/01/2020
12:22 MYT
Selangor tarik diri daripada kejohanan bola sepak jemputan di China
FAS dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dalam laman sesawangnya menyatakan keputusan itu dibuat bagi memastikan keselamatan pemain dan pegawainya. - Foto Facebook/FA Selangor
Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengambil keputusan menarik diri daripada Kejohanan Jemputan Bola Sepak Antarabangsa Piala Meizhou Hakka di Wilayah Guandong, China yang dijadual berlangsung mulai hari ini sehingga 29 Jan.
FAS dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dalam laman sesawangnya www.faselangor.my menyatakan keputusan itu dibuat bagi memastikan keselamatan pemain dan pegawai Selangor berikutan wabak koronavirus yang melanda China pada masa ini.
"FA Selangor memohon maaf kepada penganjur kejohanan, Meizhou Hakka FC dan akan melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan perkara ini sebaik mungkin," katanya.
Kejohanan jemputan itu mengetengahkan empat pasukan, Chonburi FC, Thailand; Sangju Sangmu, Korea Selatan; Selangor dan juga Meizhou Hakka FC, selaku tuan rumah.
BACA: Koronavirus: China catat 26 kematian
BACA: Koronavirus: Wuhan bina hospital khas, dijangka siap minggu depan
BACA: Tiga individu sudah disahkan dijangkiti virus Wuhan di Singapura
Sekurang-kurangnya 25 orang dilaporkan mati akibat wabak satu virus pernafasan baharu di China, menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaannya pada Jumaat.
Agensi Anadolu melaporkan suruhanjaya itu mencatatkan 830 kes yang disahkan di seluruh negara sejak wabak novel koronavirus menular yang kali pertama dilaporkan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) oleh pegawai Kerajaan China pada 31 Dis lepas di Wuhan, ibu negeri Wilayah Hubei di tengah China.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#FA Selangor
#FAS
#Guandong
#kejohanan jemputan
#koronavirus
#Persatuan Bola Sepak Selangor
#Piala Meizhou Hakka
#Selangor tarik dari
#virus Wuhan
#Wuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan